Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 27, 2010

Asli Mesti Cerdik...Jangan Jadi Bodoh Macam Melayu UMNO...!!!


Calon PAS bagi DUN Galas, Dr.Zulkefli bin Mohamed akan memastikan rakyat dan penduduk di Galas akan terbela. Beliau pada hari ini menyatakan misi selaku calon PAS dan Pakatan Rakyat didalam Sidang Media yang diadakan pagi ini di Markaz Induk PRK N45 Galas di sini.

PAS bersungguh-sungguh dalam menawarkan perkhidmatannya kepada pengundi di sini sementara UMNO/BN pula memilih pendekatan yang sederhana.

DUN Galas mempunyai sekitar 6,500 orang asli dan beliau yakin masyarakat Orang Asli akan dapat menerima dengan baik misi dan gerak kerja yang dijalankan oleh PAS. Hal ini adalah kerana PAS telah berjaya mentadbir Kelantan dengan baik selama 20 tahun.

"Saya tidak melihat sebarang masalah dalam keadan tersebut. Dan saya telah pun sampai kepada Pos Hau yang jaraknya lebih kurang 3 jam lebih bersama-sama dengan sebahagian wakil media yang ada hari ini." kata beliau kepada wartawan

PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negeri mula berkampung disini sejak satu minggu yang lalu untuk sama-sama membantu Jentera PAS Kelantan untuk memenangkan DUN Galas pada 4 November akan datang.

"Kekuatan kami adalah kerjasama yang erat diantara kami daripada PAS dan daripada jentera Pakatan Rakyat." ujar beliau lagi.

Nota :

Misi Calon PAS/PR, Dr.Zulkefli bin Mohamed ;

1. Meneruskan khidmat cemerlang Allahyarham YB Che Hashim Bin Sulaiman.

2. Berusaha untuk menyelesaikan isu yang berkaitan permohonan pemilikan tanah yang tertangguh.

3. Sebagai pemudah cara bagi Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pembangunan di DUN Galas.

4. Mengadakan rawatan kesihatan bergerak kepada rakyat di DUN Galas.

5. Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri menubuhkan satu Urusetia Khas untuk menguruskan hal - hal berkaitan orang Asli.

No comments:

Post a Comment