Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 17, 2010

Melayu Bukan Semestinya UMNO....!!


KEMAMAN – Walaupun media perdana memutarkan pelbagai kenyataan publisiti yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Umno Terengganu telah pulih, namun keadaan sebenarnya tidak.

Penganjuran konvensyen Umno Terengganu tidak akan memulihkan perbalahan dikalangan pemimpin Umno kerana perjuangan Umno bukan atas nama Islam.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat menyifatkan putaran media perdana tidak akan dapat menutup cerita perbalahan yang sudah berakar umbi dan menjadi buah mulut rakyat.

“Pemuda Umno sebelum ini pernah menganjurkan konvensyen, pertemuan demi pertemuan yang dilaksanakan untuk cuba mendamaikan dua kem Umno yang berbalah, semua tidak berjaya,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Menurutnya tidak ada ubat yang mujarab bagi mengubati hati-hati pemimpin Umno ‘yang sakit’ kecuali kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Sebaliknya, kata beliau, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, tidak percaya dengan perkara tersebut.

”Hisham hanya percaya Umno adalah segala-galanya, sebab itu beliau berkata hanya Umno yang akan menentukan ‘hidup mati’ orang Melayu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan Hishamuddin yang berucap dalam Konvensyen Umno semalam, dipetik akhbar media perdana sebagai berkata;

"Inilah harapan dan realiti saya kerana UMNO dilahirkan untuk perjuangan Melayu. Hari ini saya merayu, berpecahnya UMNO maka berkecailah Melayu, mati UMNO maka berkuburlah Melayu. Berjanjilah, kita akan berjuang bagi menyahut seruan bangsa dan agama”.

Oleh itu, Haji Hanafiah menyeru supaya ahli-ahli Umno kembali ke pangkal jalan dengan mengambil Islam sebagai penyelesai segala masalah, meletakkan Islam dihadapan dan menyerah kepada Allah.

”Mesti dibuang.dasar perjuangan kebangsaan yang mementingkan periuk nasi, yang mengenepikan erti persaudaraan Islam yang tulin,

"selagi Umno menolak Islam, tunggulah saat kejatuhan dan kehancurannya”jelas Haji Hanafiah yang juga Pengerusi MTD Dun Chukai.

Justeru, katanya, rakyat di merata pelusok, di kedai-kedai, pejabat-pejabat, kampong dan bandar sudah tidak sabar menunggu tarikh pilihanraya umum ke-13, untuk menukarkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Nota :

Orang melayu kena faham....
Matinya UMNO...tak beerti matinya melayu....
Melayu bukan semestinya untuk UMNO...
Hanya UMNO yang perasan diri mereka mewakili melayu...
Kita juga kena ingat...Melayu memang tuan tanah melayu...
Tiada UMNO pun Melayu masih berkuasa....
Maka dengan erti kata lain...UMNO bukan melambangkan bangsa melayu....
Melayu masih ada PAS...masih ada PKR dan lain-lain...
Jngan risau orang melayu...kalau UMNO nak mampus pun lantak dia lah...
Janji melayu masih ada kuasa di tanah melayu....

No comments:

Post a Comment