Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 24, 2010

Kenapa UMNO Tak Berebut Nak Jadi Calon...???

Cuba tengok gambar ni betul-betul...mereka nampak gembira tapi sebenarnya berduka...mereka tahu calon mereka memang akan tewas di Galas...!!!

Hapuskan Budaya 'Cah Keting': Khairy-MStar

GUA MUSANG: Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta agar budaya "cah keting" atau cantas-mencantas dihapuskan dan berharap ia tidak akan berlaku pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata budaya itu yang sering dikaitkan dengan Umno Kelantan, perlu dihapuskan segera kerana ia berupaya merosakkan imej parti dan Barisan Nasional (BN).

"Saya dapat jaminan daripada Ketua Pemuda Gua Musang Bazlan Baharuddin bahawa Pemuda akan sokong siapa sahaja calon mewakili BN untuk pilihan raya kali ini, dan tidak mahu budaya cah keting dipraktikkan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Projek Perumahan Rakyat di sini, Ahad.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari parti PAS, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.

Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 49, telah dinamakan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Pemuda akan menggerakkan jenteranya dengan lebih aktif bagi menarik pengundi muda menyokong BN menerusi pendekatan isu tempatan, berbanding "serangan peribadi" terhadap calon pembangkang.

Bagaimanapun, beliau berkata Pemuda akan sentiasa memantau ceramah parti lawan bagi mengenal pasti bentuk serangan peribadi terhadap calon BN, selain melihat sama ada janji mereka kepada rakyat di Kelantan telah ditunaikan atau tidak. - BERNAMA

Nota :

Galas ialah batu galas yang akan menenggelamkan Ku Li...
Kalau BN menang pun mampos...Kalau kalah lagi laa mampos....

Tak ada insan yang paling hina dalam dunia ini...
Melaiankan orang itu ditipu oleh Muhyiddin Yassin
Kah....Kah....Kah...!!!

No comments:

Post a Comment