Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Oct 23, 2010

Kerja Gila UMNO Dah Bermula...!!!



Gambar-gambar di atas memang tulen dan bukan fitnah...!!!

Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata -MK

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

Nota :

Seperti di jangka..dan ini semua tak pelik bagi orang PAS....
UMNO memang ada penyakit gila babi bila berkempen......
Kerja UMNO hanyalah pandai memfitnah dan menuduh tak tentu pasal...
Kalau berlawan secara gentlemen...memang UMNO tak berani...
Perkara yang di lakukan di Hulu Selangor..kini bakal di ulang lagi di Galas...
UMNO tak sedar bahawa strategi sebegini sebenarnya sudah lapok......
Pengundi Galas tak sebodoh pengundi di Hulu Selangor...
Asli di galas lebih cerdik banding melayu di Hulu Selangor....
Fitnah memfitnah adalah bukan cara kempen pilihanraya di alaf baru ini...
Rakyat mahu dengar dan lihat apakah misi dan visi calon yang bertanding...
Ini kelantan la kawan...Roh Islam dah tersemat rapi di hati rakyat kelantan....
Kalau setakat nak buat fitnah...memang tak makan la...
Jangan sampai senjata makan tuan...nanti parah...

No comments:

Post a Comment