Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 23, 2010

PAS Tetap Komited Berjihad Perangi Rejim UMNO....!!!


SETIU: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib mengingatkan ahli parti agar tetap teguh dengan pendirian dan Islam apabila berhadapan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, ahli PAS diminta tetap teguh serta tidak goyah dalam menghadapi perjuangan Islam berhadapan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Umno-BN akan ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan pelbagai janji serta ‘habuan’ yang sementara.

“Bila kita (PAS) berjumpa dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kita (ahli) kena teguh dengan Islam dan tidak terpengaruh dengan ‘gula-gula’ yang dijanjikan oleh mereka (BN) kerana berbentuk sementara sahaja,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2010 Kali Ke-14 di perkarangan Surau Tanjung, Batu Rakit, Setiu, hari ini.

Katanya, perjuangan Islam PAS perlu diteruskan meski pun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.

Menurut Ustaz Harun perjuangan PAS bagi menegakkan Islam ‘membujur lalu, melintang patah’ sama ada gugur syahid atau mencapai kemenangannya.

Justeru itu, katanya perjuangan Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT sama ada di dunia dan akhirat.

“Kita (PAS) berjuang Islam jangan bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT.

“Jika kita (PAS) tidak menang di dunia tetapi tetap akan diberi kemenangan oleh Allah Ta’ala di akhirat kelak, Insya’Allah,” ujarnya dihadapan 8,000 para hadirin.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat mahukan setiap ahli parti bekerja dengan cemerlang serta bersatupadu bagi mencapai kemenangan Islam.

Katanya, bila tarikh pilihan raya itu tidak penting sama ada dekat atau jauh kerana usaha bagi mencapai kemenangan diteruskan.

“Kita(PAS) dikehendaki bekerja dengan cemerlang dan bersatupadu. Pilihan raya itu tidak penting sama ada dekat atau jauh. Tapi yang penting terus bekerja untuk capai kemenangan,” jelasnya.

Menurutnya, hanya dengan kemenangan Islam rakyat akan mendapat kebaikan serta rahmatNya.

Ijtima Kepimpinan PAS tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan hadir sama Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

Nota :

Dalam solat...orang PAS pun sebut...UMNO lagi la selalu sebut....
Solatku...Hidupku...Matiku adalah kerana Allah...
Hanya Islam saja yang di redahi Allah....
Tapi UMNO bertekad biar nyawa bercerai badan demi UMNO...
Dengar memang hebat....Tapi tak kena pada tempat....
Begitu juga dalam bab ibadat haji....
UMNO memang juara...hinggakan orang PAS pun tak boleh pergi...
Sebab kuota haji telah di penuhi orang UMNO....
Ada yang sampai 5 atau 6 kali pergi
Tapi bila balik je...turun je kapal terbang....terus sokong Toghut....
Pak haji & Mak haji cakap kita tak pernah sokong toghut...Kita cuma sokong UMNO...
UMNO tu toghut la Pak haji....Toghut tu UMNO la Mak haji....!!!
Kalau masih bergelumang dengan parti yang tolak islam tu....
Sah lah dapat haji Malboro....Nampaknya pegi mekah hanya melancong sajaa....
Kesian kat Pak Haji & Mak Haji....
Kah...Kah....Kah...!!!

1 comment:

  1. Pak haji dan mak haji yg balik mekah dok sokong bender2 yg batil sia2 saja ibadah yg mereka buat. di mekah siap tgkap leleh mintak ampun dgn allah bila balik sokong pulak org2 yg mmg menentang islam yg tegar.x malu lagi mntak syurga dari allah aik x maluuuuu masa hidup bersetongkol dgn para pengikut iblis dan syaitan bila mampus nti mintak syurga pulak dgn allah.Kau org igt leh dpt ker?? cuba agak2 tgok!!!!jadi kau org ni bukan hamba allah yg taat maka nerakalah tmpat sebaiknya utk org yg munafik seperti kamu.Org2 seperti ini adalah adik abg dgn Abdullah Bin Ubai maka aku gerenti nerakalah tempat utk kamu semua.

    ReplyDelete