Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 7, 2010

Islam Makin Layu Di Melaka Negeri Maju....!!!


Demo membantah kezaliman kerajaan Melaka untuk merobohkan surau dan masjid di hadapan Masjid Kg Bukit Katil selepas solat Jumaat tadi berakhir dengan seorang ahli PAS ditangkap Polis.

Azhar Abdullah dari Kg Ku Sayang telah ditangkap polis semasa demonstrasi sedang berlangsung.

Demo yang berlangsung hanya kira-kira 10 minit itu telah dihalang oleh Polis apabila mereka cuba menangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik.

Azhar, anaknya dan Cikgu Yusof serta Latif sebaik dibebaskan di Balai Polis Bukit Baru.

Ustaz Kamaruddin telah dipegang oleh Polis tetapi beberapa pimpinan Dewan Pemuda dan Ahli PAS Kawasan Bukit Katil menarik Ustaz Kamaruddin masuk ke kedai cendol kepunyaan Hj Hedzir Abdul Rahman.

Pihak Polis kemudian cuba masuk ke kedai tersebut untuk menangkap Ustaz Kamaruddin tetapi dihalang oleh Hj Hedzir yang menyatakan itu premis persendirian dan Polis dihalang dari masuk ke kedainya.

Seterusnya ahli-ahli PAS membuat benteng manusia dan meminta Polis bersurai dan tidak membuat sebarang tangkapan.

Sementara itu Azhar telah dibawa ke Balai Polis Bukit Baru untuk soal siasat dan dibebaskan kira-kira jam 3.45 petang.

Beliau yang ditangkap bersama anaknya berumur 9 tahun disambut oleh Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dan Abdul Latif Deris.

Azhar menyatakan tangkapan itu hanyalah untuk menakutkan ahli PAS supaya tidak berdemo pada masa akan datang kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh beliau.

Kira-kira 300 orang menyertai demo pada hari ini yang merupakan kali ketiga ianya dilakukan.

Kira-kira 80 Polis termasuk FRU dan SB turut membazirkan duit rakyat mengganggu demo hari ini.

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dengan tindakan pihak Polis yang jelas tunduk bersekongkol dengan kezaliman kerajaan BN.

"Sepatutnya Polis bertindak professional tidak mengganggu bantahan aman yang dilaksanakan oleh rakyat".

"Kita hanya berhimpun secara aman dalam masa tidak sampai pun 40 minit untuk menyatakan bantahan kepada kezaliman kerajaan.

Sepatutnya pihak Polis bukannya bertindak menangkap rakyat sebaliknya tugas mereka ialah menjaga lalu lintas dan memastikan tiada kekecohan semasa bantahan, tetapi malangnya Polis yang buat kecoh" tegas Yusof.

Nota :

BARU SAJA SEHARI MENANG DI 2 PRK..UMNO/BN DAH TUNJUK "KEMESRAAN' KEPADA RAKYAT DAN AGAMA ISLAM...

MALANG SUNGGOH UMAT MELAYU ISLAM DI MELAKA..TEMPAT SOLAT UMAT ISLAM NAK DIROBOHKAN YAHUDI LAKNAT UMNO.BN.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'

No comments:

Post a Comment