
"Kita maklum bahawa banjir kali ini di negeri utara Semenanjung, Kedah terutamanya tidak seperti tahun 2005 lepas dan sebelumnya. Bahkan dikatakan ia banjir terbesar semenjak puluhan tahun lepas.
Justru, apabila akhbar harian melaporkan bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempertikaikan jentera kerajaan negeri Kedah yang lambat menghantar bantuan, termasuk Shahrizat yang berkata demikian, mereka perlu melihat secara menyeluruh banjir kali ini.


Nota :
Ini adalah jawapannya ;
ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.
Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.
"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.
Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.
Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.
"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi.
Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.
"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.
No comments:
Post a Comment