Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 2, 2010

Satu Lagi Projek BN Tipu Melayu....!!!


MELAKA MAJU : ALI RUSTAM DIDAKWA TIPU RAKYAT - MK

Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju, lapor HarakahDaily.

Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.

"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.

Menurut beliau, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya.

Nota:

SPRM sila siasat....ini satu kes tipu...
Dah berapa banyak duit di belanja masa nak buat peristiharan?
Mustahil sprm tak baca akhabar...
Kalau dulu di ipoh surat layang pun disiasat...
Kes ini ada kenyaataan resmi dari OECD...
Tak kan SPRM takut dengan OECD pulak...
Kah....Kah....Kah....!!!

No comments:

Post a Comment