Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 2, 2010

Ya Allah...Menangkan PAS Di Galas...Hancurkan BN Di Batu Sapi....!!!!


MAKKAH AL-MUKARRAMAH - Jamaah Haji terutama di kalangan ahli dan penyokong PAS akan menganjurkan solat hajat di Masjid al-Haram.

Jurucakap Harakah, Sazali Mohd Noor berkata beberapa orang para jamaah haji yang ditemuinya di Makkah menyatakan kesediaan menganjurkan solat hajat tersebut.

Menurutnya, solat hajat tersebut memohon pertolongan dari Allah SWT bagi kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas yang akan diadakan pada 4 November ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Jabi, Ustaz Ismail Awang Teh berkata para jamaah ahli PAS yang sedang menunaikan haji di sini akan berdoa di hadapan Ka’abah bagi kemenangan Islam khususnya pilihan raya kecil di Galas.

“InsyaAllah, kami di sini, bersama ahli-ahli PAS yang ada, akan bermunajat di hadapan Allah, untuk kemenangan Islam, terutamanya dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas,” jelasnya.

Ustaz Ismail yang juga Mudir Maahad Tahfiz Matla’in Badrain berharap agar semua petugas PAS khususnya dari Dun Jabi dan PAS Kawasan Setiu, bertemu pengundi di kawasan Peti Undi yang diamanahkan.

Menurutnya, kemenangan boleh dicapai dengan usaha dan jerja yang tersusun serata bertawakal kepada Allah SWT.

Manakala, Ketua Cawangan PAS Banggol Peradong, Ustaz Wan Abdullah Wan Abdul Rahman berkata akan bersama-sama menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah bagi memenangkan Islam dan PAS.

Menurutnya, kemenangan PAS di Galas penting kerana ia merupakan kemenangan kerajaan Islam di Kelantan.

Beliau yang ditemui di kawasan penginapannya di Shabie Ahmad berhampiran Masjid Kuching berkata, akan bersama-sama dengan roh perjuangan meski pun tidak dapat bersama para petugas parti di Galas.

“Saya dan jamaah terdiri ahli dan penyokong PAS di sini, InsyaAllah akan menunaikan solat hajat dan berdoa semoga Allah memberikan kemenangan kepada calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad,” jelasnya.

Ustaz Wan Abdullah yang juga Imam Masjid Kampung Banggol Peradong menyeru agar seluruh tenaga para petugas pilihan raya kecil Dun Galas memberikan fokus ‘dakwah’ kepada orang-orang bukan Islam dan orang asal (Asli).

No comments:

Post a Comment