Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 31, 2010

Khusrin Adalah Lembu UMNO....!!


MP DAKWA KHUSRIN DILANTIK UNTUK BUBAR DUN SELANGOR - MK

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.
Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Nota:

Semua telah dirancang
Semua telah diatur
Semua jalan diteroka
Semua cara telah di cuba
Untuk mengambil kembali selangor

Ini kerana selangor negeri terkaya di malaysia
Ini kerana selangor akan menjadi kubu kuat pakatan rakyat

cara 1 – kenakan kes rasuah – gagal !
cara 2 - siasat sampai mati – gagal !
cara 3 – bagi ezam menyalak – gagal !
cara 4 – beli adun – gagal !
cara 5 – bawa kepala lembu – gagal !
cara 6 – letak babi dalam masjid – gagal !
cara 7 – bakar gereja – gagal !
cara 8 – gilakan gobala – memang dah gila !
cara 9 – bukan islam tak boleh masuk masjid – gagal !
cara 10 – pakai songkok tinggi – ini lagi gagal

Sekarang cuba gaduhkan sultan dengan kerajaan selangor
Kah..Kah...Kah....!!

No comments:

Post a Comment