Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 26, 2010

Terbukti UMNO/BN Mengamalkan Pluralisme....!!


"Dahsyat sungguh TV3..dalam Buletin Utama, disiarkan berita sambutan Hari Krismas pada hari ini 25 Disember. Ayat yang standard yang biasa di dengar biasa ah..''disambut secara sederhana tetapi meriah'..

Tapi bukan ayat tu yang nak dipersoalkan .Tetapi berita tentang anak-anak yang baru dilahirkan pada 25 Disember berkebetulan dengan hari Krismas ni.Tak silap aku katanya di sebuah hospital di KL lebih kurang dalam 28 orang lahir pada tarikh hari ni.Kemudian ditunjukkanlah sedutan temubual dengan ibu-ibu islam yang baru bersalin tersebut bagi menunjukkan kebanggaan mereka menyambut kelahiran bayi mereka hari krismas.

Sangka aku yang diinterview itu tentulah dikhususkan ibu-ibu penganut kristian memandangkan 25 Disember sambutan hari agama mereka.Tapi terkejut tengok ada jugak diinterview seorang ibu melayu(yang aku yakin seorang Islam).Beliau seolah-olah cuba dipaparkan oleh TV3 turut gembira kerana menyambut kelahiran bayi di Hari Krismas sepertimana ibu-ibu penganut kristian yang lain.

Apa yang nak ditunjukkan oleh TV3 sebenarnya...?? Konsep 1Malaysiakah atau konsep pluralisme..?

No comments:

Post a Comment