Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 25, 2010

UMNO = Rasuah...!! Rasuah = UMNO....!!

SARJAN DIPENJARA 45 BULAN – BH

Terima suapan untuk lepaskan lori pasir daripada disaman.

Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 45 bulan dan denda RM30,000 terhadap seorang anggota polis trafik berpangkat Sarjan selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah masing-masing RM500 antara November tahun lalu hingga Januari lalu.

Hakim, Irwan Suainbon, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Abdul Malek Sulaiman, 43, dari Taman Kempadang Baru, di sini selepas mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Abdul Malek didakwa menerima RM500 daripada Teoh Ting Keong pada 15 November tahun lalu, sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap lori milik Teoh yang mengangkut pasir dan didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959.

Nota:

Ini adalah cuma kes ikan bilis saja...
Rakyat nak tengok apa akan jadi dengan kes bapak jerung...
Apa akan jadi dengan kes rasuah khir toyo...
Rakyat nak tunggu berita berapa lama toyo akan dipenjara...
Atau kes toyo di dapati tak ada bukti....
Ataupun bukti yang ada bercanggah.....
Atau mungkin ada bukti tapi tak jumpa....
Atau bukti yang ada telah hilang.....
Kah...Kah...Kah....!!

No comments:

Post a Comment