Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Dec 23, 2010

UMNO Adalah Haram Di Sisi Allah...!!


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan fahaman pluralisme adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana fahaman pluralisme amat bahaya kerana boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Islam adalah agama yang benar di sisi Allah SWT dan tidak boleh disamakan dengan agama yang lain.

DPPWP juga bersetuju bahawa mereka yang berfahaman demikian adalah golongan yang terpesong dari ajaran Islam dan wajib kembali kepada Islam. Namun demikian, mempertikaikan kedudukan bangsa Melayu bukanlah bererti menganut fahaman pluralisme. Fahaman Pluralisme merujuk kepada fahaman kemajmukan dan kesamarataan kepada semua agama dan bukan kepada kedudukan sesuatu bangsa.

DPPWP tidak menafikan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam di dalam Perlembagaan. DPPWP tetap menyokong bahawa Perlembagaan meletakkan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Namun apa yang dikesalkan ada sebilangan umat Islam menganggap kedudukan bangsa lebih mulia daripada agama Islam. Kerana itu ada sebilangan umat Islam memperjuangkan bangsa Melayu lebih daripada memperjuangkan Islam. Mereka sanggup hidup dan mati kerana bangsa Melayu, tetapi tidak menjalankan hukum-hukum Islam seperti yang diperintahkan di dalam al Qur'an. Mereka kononnya membela hak-hak istimewa bangsa Melayu, tetapi hukum asas Islam seperti menutup aurat, menjaga pergaulan, bercakap benar, amanah, jujur, adil dan lain-lain tidak dilaksanakan.

Fahaman ini digelar sebagai fahaman nasionalisme. Ia bersifat asabiyah kepada bangsa dengan menganggap bangsanya sahaja mulia, sedangkan bangsa lain tidak. Sedangkan Islam menganggap semua bangsa adalah sama, dan hanya yang paling mulia adalah mereka yang bertaqwa.

Bangsa Cina dan India lebih mulia dari bangsa Melayu sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Bahkan Islam lebih dahulu sampai ke negeri Cina dan India berbanding Tanah Melayu.

Mencintai bangsa Melayu tidak menyalahi agama, tetapi menjadi satu kesalahan sekiranya sayang bangsa sehingga menolak agama. Justeru itu, DPPWP meminta agar Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut menyatakan bahawa bukan fahaman nasionalisme turut terpesong dari ajaran Islam dan menyeru penganut fahaman ini agar kembali kepada Islam kerana Islam adalah lebih perlu untuk diperjuangkan daripada bangsa.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment