Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 8, 2011

Mempertikaikan Hukum-Hukum Allah Adalah Syirik...


MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua umat Islam supaya menjauhi syirik iaitu menyekutukan Allah daripada sesuatu yang lain.

Beliau menegaskan syirik merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT.

”Makna syirik adalah mengadakan Tuhan yang lain selain dari Allah ataupun meletakkan nama dan sifat Allah kepada yang lain daripada Allah,”ujarnya dalam kuliah Jumaat mingguannya di Masjid Rusila disini semalam.

Katanya kedua-dua syirik iaitu ‘syirik akbar’ dan ‘syirik ashgar’ adalah dosa yang sangat besar disisi Allah, namun ‘syirik akbar’ membawa seorang muslim menjadi kafir, keluar daripada Islam.

”Syirik akbar tidak boleh bertaubat, melainkan dia balik semula kepada ugama Islam, iaitu menyekutukan zat Allah kepada yang lain,”katanya.

Ustaz Abdul Hadi juga menambah, termasuk syirik yang besar juga adalah syirik kepada sifat Allah Ta’ala, diantaranya percaya dan meletakkan hukum yang lain lebih baik daripada atau pun sama dengan hukum Allah Ta’ala.

Kata beliau, mempertikaikan dan mengatakan hukum-hukum Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran adalah termasuk kepada syirik kepada sifat Allah Ta’ala.

”(Sebagai) contohnya, hukum hudud, hokum Qisas, apa sahaja hokum yang terdapat dalam al-Quran, kita kata tidak boleh (guna) pakai dah zaman le ni (sekarang), kena (guna) pakai hokum manusia,”(seseorang muslim itu) jadi kafir, keluar daripada agama Islam,”jelasnya.

No comments:

Post a Comment