Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 19, 2011

Toyo Terperangkap....!!


KHIR TOYO BERI PROJEK RM244 JUTA -MI

Selangor mendakwa Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.

Kedua-dua Dr Khir dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.

Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini.

“Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.

Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Toyo kelak.

Awal bulan lalu, Toyo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.

Toyo, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.

“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” katanya lagi.

Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.

“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.

“Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Nota:

Sila baca dan teliti
patutlah kerajaan pakatan diselangor terus dikacau
disinilah bank UMNO
disinilah mesin ATM UMNO

bila selangor diambil alih oleh pakatan rakyat
saku gerombolan kering
projek tak sampai..projek tak masuk

lihat bagaimana korupnya UMNO di selangor
habis tanah dijual...habis tanah rakyat di gadai

No comments:

Post a Comment