Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 21, 2011

Lepas Tewas Dalam Tuduhan Liwat..Kini Muncul Video Seks Pula...!!


Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim menafikan bahawa dirinya adalah watak yang terpapar dalam klip video skandal seks, yang ditayangkan kepada media pagi ini. Sambil berseloroh Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa perut watak lelaki dalam klip tersebut lebih buncit daripada perut dirinya.

Ketua Umum PKR ini menegaskan bahawa dirinya berada di rumah bersama isteri, anak dan kakitangan PKR pada 21 Februari 2011, tarikh dan masa kononnya klip video tersebut dirakamkan. Malah beliau berkata dirinya masih berjinak-jinak dengan facebook dan twitter pada ketika itu.

Klip video seks menunjukkan insiden tersebut berlangsung antara jam 10.23 hingga 10.45 malam. Facebook Anwar Ibrahim pula menunjukkan bahawa beliau mengemaskini pada jam 8.20 dan 10.40 dan 11.08 malam; sementara Twitter-nya dikemaskini pada jam 9.20 dan 11.39 malam. Sungguhpun wartawan mempertikaikan waktu tersebut, namun Anwar tetap menganggap pihaknya telah menguasai bukti dari segi waktu.

Malah, beliau berjenaka bahawa melainkan watak dalam video tersebut dilihat berasmara sambil bermain twitter.

Anwar berkata beliau belum menonton video tersebut, dan tidak tahu siapa pembikin klip video tersebut. Beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada jam 10 pagi, esok.

Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pada jam 5 petang, sambil ditemani isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR. Anwar menambah, klip video seks tersebut mempunyai motif politik untuk menyerangnya, setelah kes sodomi kedua mulai lemah.

Anwar berkata keluarga dan dirinya telah melalui fitnah yang dilemparkan terhadapnya sejak 13 tahun dahulu. Dan fitnah ini diulangi setiap kali menjelang pilihan raya.

Azizah: Mengapa gadis pula?

Wan Azizah turut terkejut apabila digesa untuk berundur. Beliau mempertikaikan, kononnya Anwar didakwa dengan kes sodomi bersama lelaki, namun mengapa pula terdedah dengan klip video bersama wanita?

No comments:

Post a Comment