Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 28, 2011

Lagi Lama...Lagi Bagus....!!!


KES SARBAINI : AG ARAH POLIS SOAL SIASAT SATU LAGI SAKSI - MI

Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbaini Mohamed dan mahu polis menemu bual seorang lagi saksi sebelum menentukan tindakan susulan.

Laporan media menyebut, kertas siasatan itu dipulangkan kepada Polis Diraja Malaysia semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah diminta mendapatkan keterangan daripada seorang lagi saksi sebelum Peguam Negara boleh menentukan tindakan selanjutnya.

Kelmarin, Zulkifli berkata, polis sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kematian Ahmad Sarbaini di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kepada Pejabat Peguam Negara, Jumaat lalu.

"Kami sudah berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat dan sudah melengkapkannya, kami sudah hantar kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Khamis lalu, Zulkifli berkata meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.
Justeru kata beliau terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

Dalam kenyataan minggu lalu, Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Nota:

lambat lambat lambat
agar orang ramai tak panas hati
agar orang ramai tak marah

berapa banyak kes tak tentu hujung pangkal
semua mati tengah jalan
kah kah kah

No comments:

Post a Comment