Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 25, 2011

Beza PAS Dan UMNO Memerintah....!!


SIK, 24 Mei 2011 – “Kerajaan negeri kehilangan cukai tanah, PKNK kehilangan pendapatan tapi tuan-tuan dan puan-puan menikmati keuntungan berganda, dapat duit pampasan, tanah rumah dan kebun getah yang siap ditoreh.”

Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Majlis Penyerahan Tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) kepada kerajaan negeri.

“Peristiwa ini amat bersejarah kerana dengan penyerahan ini membolehkan proses pemberian hak milik tapak rumah dan tanah pertanian kepada penduduk terlibat disegerakan,” sambungnya lagi.

Tambah beliau, walau pun sebelum ini ada aduan yang dikemukakan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tetapi setelah disiasat didapati aduan tersebut tidak berasas. Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) turut menerima pelbagai surat dari pejabat peguam kononnya penduduk-penduduk kampung teraniaya, namun maklumat sedemikian gagal dikemukakan.

“Saya akui pada masa sekarang masih ada pihak yang mengemukakan rayuan kepada kerajaan atas alasan teraniaya, tercicir dan sebagainya.

“Semua rayuan diteliti oleh jabatan-jabatan yang terlibat dan saya difahamkan kelayakan tuan-tuan dan puan-puan dibuat dengan rapi dan cermat,” terangnya.

Jelasnya lagi, penempatan semula Sungai Pau ini merupakan model penempatan yang paling lengkap pernah dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Terdapat banyak model penempatan lain seperti pembinaan Empangan Temenggor, pembangunan insfrastruktor seperti jalanraya, tebatan banjir, pembinaan lapangan terbang di Pulau Pangkor, Projek Landasan Berkembar dan banyak lagi projek yang dilaksanakan di negara kita yang melibatkan penempatan semula penduduk.

“Projek Empangan Beris ini amat istimewa kerana selain penduduk terlibat menerima pampasan, mereka juga menerima rumah yang saiz lotnya 10,000 kaki persegi dan diberi pula lot pertanian yang sudah memberikan hasil.

“Jangan berterima kasih atau bersyukur pada kerajaan, sebaliknya bersyukur dan berterima kasihlah pada Allah SWT atas apa yang kita perolehi,” sambung Azizan.


Beliau mengharap mereka bersabar dan faham bahawa pemprosesan memberi hak milik tanah memerlukan masa pengurusannya. Apabila siap proses hak milik dan notis 5A dikeluarkan oleh Pentadbir Pejabat Daerah, penduduk-penduduk terbabit diminta tidak mengambil masa yang lama untuk menjelaskannya.

“Kemungkinan rekod pentadbiran tanah sudah berubah atas sebab meninggal dunia atau sebagainya. Dalam hal ini proses penamaan perlu dibuat. Prosesnya nampak mudah namun sekiranya berlaku pertikaian ianya menjadi sukar dan lambat.

“Gunalah saluran yang betul untuk berurusan dengan pegawai atau pentadbir tanah sekiranya ada masalah,” nasihat beliau.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Perancang Ekonomi, PTG, Pejabat Daerah Sik, Pejabat Tanah Sik, KEDA, Pejabat Agama dan semua yang terlibat dalam mempastikan projek dan proses penempatan semula penduduk kampung disempurnakan dengan baik.

Beliau turut menyaksikan majlis tandatangan penyerahan tanah oleh pihak PKNK kepada kerajaan negeri.

Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan geran hak milik tanah kepada 48 penduduk Sik.

Seramai 600 orang penduduk kampung terlibat dalam projek penempatan semula ekoran kawasan perumahan dan pertanian mereka terlibat dengan projek Empangan Beris.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Bandar Baru Beris Jaya, Sungai Pau. Turut hadir, Pengarah PTG Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Noor Rofie, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim,ADUN Jeneri, YB Yahaya Abdullah dan Ahli Parlimen Sik YB Che Uda Che Nik.

No comments:

Post a Comment