Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 25, 2011

UDA...Jangan Bohongi UMNO...!!


PENJARA PUDU: UDA JANGAN BOHONGI RAKYAT - UM

KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengurusan UDA Holdings Bhd. diminta supaya jangan membohongi rakyat kononnya tiada syarikat bumiputera yang mampu membangunkan Penjara Pudu kecuali syarikat hartanah dari China.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir berkata, berdasarkan maklumat, terdapat lima syarikat bumiputera yang layak serta mempunyai keupayaan dan kepakaran.

Pada masa yang sama, beliau juga mendesak pengurusan UDA Holdings supaya jangan menghukum syarikat bumiputera lain hanya kerana kegagalan projek Bandar Wawasan dan Plaza Rakyat di ibu negara.

"Saya dimaklumkan lima buah syarikat bumiputera ini bukan sahaja mempunyai pengalaman tetapi juga berkemampuan dari segi kepakaran dan modal. Jadi kenapa syarikat ini langsung tidak diberi peluang.

"Saya beri peringatan kepada pengurusan UDA Holdings terutamanya Nur Jazlan Mohamed (pengerusi) supaya jangan membohongi rakyat," katanya.

Nota:

kita lihat dan tunggu
kita nanti dan baca
siapa akan rembat tanah ini..?
Kita lihat siapa yang power...
Cukong atau Ketuanan Melayu yang dapat...
Kah..Kah...Kah...!!

No comments:

Post a Comment