Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 23, 2011

Ciss...Paddy Kutty....!!


CHOR : RUMAH ANAK YATIM DIROBOH JIKA TIDAK SELAMAT - MK

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang telah meragut 16 nyawa, akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan sama ada lokasi penempatan rumah kebajikan itu sesuai diduduki.

"Sama ada rumah ini selamat atau tidak, kita akan serahkan pada JKR untuk buat siasatan lanjut dan teknikal dan jika didapati tidak selamat, majlis (Majlis Perbandaran Kajang) akan ambil tindakan untuk runtuhkan rumah ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

NOTA:

lihat dan baca
kenyataan angkuh dari malaon ini

bukan nak ganti kan dengan bangunan baru
tapi nak roboh kan apa yang ada

inilah yang gerombolan pandai
pandai robohkan bangunan orang miskin

berani robohkan bangunan yang disambung-sambung
ditepi jalan di bukit bintang?
sampai menggangu jalan?
Berani ke..??

No comments:

Post a Comment