Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 8, 2011

Loya Sampai Nak Termuntah....!!


PAS : UTUSAN MAKIN MELAMPAU - MK

PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno,Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, laporHarkahdaily.

“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.


KRISTIAN –ISLAM- LAPORAN UTUSAN CETUS PERPECAHAN AGAMA,DAKWA KETUA MAJLIS PERUNDINGAN AGAMA - MI

Utusan Malaysia dan kumpulan-kumpulan Islam mencetuskan perpecahan antara agama sedangkan pihak berkenaan seharusnya membawa laporan mengenai isu Kristian Malaysia kepada jawatankuasa antara agama Kabinet.

Pengerusi Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Dr Thomas Philips berkata terdapat satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji perkara-perkara yang “sensitif”.

“Kita mempunyai jawatankuasa antara agama Kabinet. Mereka perlu bincangkan perkara ini di sana. Ada isu-isu yang tidak dapat dikawal. Mengapa perlu bangkitkan isu yang boleh mempengaruhi emosi rakyat?” katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada dakwaan yang disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno dan Utusan Malaysia sejak beberapa hari lalu.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah membuat laporan polis selepas akhbar milik Umno menyiarkan laporan di muka hadapan dengan tajuk “Kristian agama rasmi?”

KRISTIAN-ISLAM : GEREJA TIMBANG SAMAN UTUSAN SIAR LAPORAN PALSU - MI

GEORGE TOWN, 8 Mei — Bishop Antony Selvanayagam mendakwa Utusan Malaysia berbohong kononnya Gereja Katolik Pulau Pinang berperanan dalam konspirasi, didakwa mahu menjadikan individu beragama Kristian sebagai perdana menteri sambil menegaskan, ia akan berunding dengan peguamnya mengenai bakal tindakan perundangan ke atas akhbar tersebut.
Katanya, beliau dan pertubuhan itu tiada tahu-menahu mengenai pertemuan yang Utusan Malaysia dakwa telah diadakan untuk menjadikan perdana menteri daripada kalangan komuniti Kristian dan mengubah status agama rasmi negara ini.

“Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebaga biskop, saya pastinya tahu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.

“Ini laporan palsu,” kata Selvanayagam.

Katanya, tiada mana-mana pihak kecuali The Malaysian Insider yangmenghubungi beliau untuk mendapatkan kesahihan maklumat sebelum menerbitkan laporan tersebut.
Justeru ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia, katanya:

NOTA:

jelas dan terang bahawa ketika ini
gerombolan sedang nazak
maka tidak ada jalan lain melainkan
memainkan apai perkauman

anak anak muda dan seluruh warganegara
wajib berwaspada dan wajib berjaga jaga

fikrah yang rasional
fikrah yang cool
fikrah yang seimbang
adalah senjata ampuh untuk melawan
api perkauman yang sedang disebar oleh akhbar gerombolan

gerombolan tidak dapat menerima hakikat
bahawa malaysia setelah march 8 telah berubah
malaysia tidak akan kembali lagi kepada
satu zaman di mana ketuanan melayu akan diterima
era dan zaman ketuanan melayu telah hampir tamat

yang menggantikan ialah ketuanan rakyat

hakikat ini masih belum dapat diterima oleh
gerombolan dan kuncu kuncu-nya

No comments:

Post a Comment