Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 26, 2011

Negaraku Malaysia...!!


SUBSIDI IPP: LAGI PEMBOHONGAN, PENIPUAN BN - MK

DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pembohongan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.
--------------------------------------------------------
woit…TAK PAYAH LAAAA TIPU…..

kah kah kah…..SEMUA ORANG TAHU….

kah kah kah…. ORANG RAMAI DAH TAHU…..

woit…TUNGGU JAWAPAN PADA SEMBILAN JULAI NANTI….

kah kah kah…. AIMAN TAK KISAH...ANAK MUDA MESTI BERSEDIA!....

No comments:

Post a Comment