Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 26, 2011

Semua Tipu...Jangan Percaya...!!


HARGA RON95 KEKAL – MStar

PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini.

Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

KABINET PUTUSKAN HARGA MINYAK RON95 , DIESEL, LPG KEKAL - UM

PUTRAJAYA 25 Mei - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.
"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Nota:

apa yang diramalka oleh Sepang Kederang tepat dan betul
harga tidak akan dinaikkan
heboh heboh tentang harga minyak akan naik adalah strateji
heboh ini dilakukan agar semua rakyat marah

cuba ingat bila harga minyak naik
ada zaid hamidi bersuara
ada kj bersuara
tak ada seorang pun yang bersuara
tapi kali ini banyak suara malaon heboh dan bising
rakyat pun ikut bising
meloya dan berita hairan buat laporan saolah olah minyak akan naik harga
semua ini adalah sebahagian dari taktik dan strateji untuk menipu orang ramai
kemudian tidak ada harga yang naiak
orang ramai merasa lega
orang ramai merasa bahawa kerajaan ini perihatin terhadap orang ramai
kerajaan ini tidak menaikkkan harga minyak dan gas dan harga leterik

awas!

jangan terperangkap
harga akan naik sebaik sahaja gerombolan menang dalam pru 13

sesudah pru13 – semua harga bahan makanan dan kos hidup
akan naik – tak percaya?
sila undi gerombolan sekali lagi
kah kah kah

No comments:

Post a Comment