Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 10, 2011

Apa Beza Negara Kebajikan Dan Negara Berkebajikan..??


Pasti ada bezanya. Kanak-kanak pun tahu ada bezanya, paling tidak ada beza dari sudut ejaannya.

Untuk memahami lebih lanjut, wajar kita cuba memahami perkara asas dan dasar.Ramai pihak termasuk UMNO khususnya, tidak faham makna status negara Islam. Sebenarnya label "negara Islam" itu adalah umpama kapsul atau pakaian.

Isi dalam kapsul atau dalam pakaian itu yang sepatutnya kita lihat da teliti. Antara isi dalam kapsul itu ialah "Negara Berkebajikan". Ada lagi isi lain tetapi PAS tidak perlu nyatakan semuanya. Nanti UMNO bertambah pening di usia tenat ini.
PAS menawarkan "negara berkebajikan" sebagai pengisian kepada negara Islam bukan bermakna PAS gugurkan konsep negara Islam.

Apa makna negara kebajikan? Apa ciri-cirinya? Apa contohnya? Contoh paling negara kebajikan ialah negara komunis yang menganuti fahaman sosialisma. Pemerintah menjaga kebajikan rakyat, mengutamakan rakyat dan tidak membebani rakyat.

Dalam negara kapitalis, ada juga amalan kebajikan yang dibuat, malah ia lebih baik daripada amalan kebajikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia. Di Amerika, orang Red India juga mendapat biasaiswa pelajaran. Wanita dan orang tua mendapat bantuan kebajikan yang lebih baik daripada dari kerajaan "Islam Hadhari Malaysia". Cuba teliiti sistem social security di USA dan England serta Brunei.

Negara berkebajikan bukan sahaja melaksanakan aktiviti kebajikan tetapi lebih daripada itu.

-----lihat petikan ucapan YB Presiden PAS pada tahun 2008 -------------

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:

Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
Menurunkan harga petrol dan gas.
Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
Melaksanakan akta gaji minima
Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari
Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

21 Febuari 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

No comments:

Post a Comment