Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 10, 2011

Siapa Yang Layak Pegang SU Agung PAS...??

"Semalam dalam perjalanan yang jauh saya asyik berfikir siapa agaknya SU Agung PAS untuk kabinet PRU-13.

Hari ini saya dapat 2 call daripada orang penting dalam gerak kerja PAS semuanya bercakap berkenaan dengan SU Agung PAS.

Dulu semasa arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor nak memilih SU Agung, yang dikatakan pro kepada ulama (geng ulama) lebih suka kepada Ustaz Nasha kerana mereka tidak mahu Dr Hatta Mohd Ramli.

Bila ustaz Nasha bertanding sebagai Timbalan Presiden, dan memenangi jawatan itu. SU Agung telah diberikan kepada Dato' Kamaruddin Jaafar. Dato' KJ dikatakan kurang membantu Presiden dan aliran pemikiran mereka juga ada sedikit perbezaan. Ada juga yang mengatakan PAS banyak hilang kerusi dengan PKR kerana Dato' KJ tak begitu 'berkeras' dengan PKR dalam pengagihan kerusi.

Akhirnya Cikgu Pa dilantik. Sebelum Cikgu Pa dilantik ada usaha-usaha untuk melantik YB Salahudin untuk jawatan ini, tetapi YB Salahuddin telah bertanding jawatan Naib Presiden maka mereka memilih Cikgu Pa.

Cikgu Pa adalah dikatakan terbaik untuk jawatan bagi persiapan pilihan raya terutamanya untuk pengagihan kerusi dalam Pakatan Rakyat. Ada juga orang menyebut kepada saya Cikgu Pa boleh "heh' sahaja dengan DS Anwar. Dia sebut "Ayah Chik" (TG Abdul Hadi) malu alah bila berunding dengan DS Anwar. Pasal itu Cikgu Pa yang sepatutnya dah bersara dimasukkan semula dalam "team".

Beberapa hari sebelum pemilihan Muktamar PAS kali ke-57, saya terbaca satu blog yang penulinyas membuat poll secara rambang dengan menghantar SMS kepada 100 orang pemimpin PAS peringkat pertengahan untuk mencari siapa yang layak menjadi SU.

Majoriti dalam balasan SMSnya menjawab Dr Mujahid Yusof Rawa. Poll ringkas tanpa sebarang alasan tidak boleh mengenalpasti kenapa Dr Mujahid dipilih. Saya juga tertanya-tanya apa kelebihan Dr Mujahid. Sudah pasti yang 'berulama' tak akan bersetuju dengan Dr Mujahid.

Sayuti Omar dalam tulisannya nampak memilih Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai SU. Saya dah banyak kali tak berkenan dengan Sayuti ini. Dulu dia boleh kata Utusan Malaysia mempengaruhi perwakilan dalam pemilihan. Saya lihat akhbar Siasahpun "kelu-kelik" dalam menyampai masej semasa pemilihan Muktamar baru-baru ini. Pasal itu akhbar itu tak akan pergi ke mana setelah dia ambil sepenuhnya daripada PAS.

Saya dikhabarkan YB Husam berkempen untuk Dr Syed Azman sebagai SU. Saya rasa sukar untuk Presiden menerimanya kerana sebelum ini Dr Syed Azman telah menjadi salah satu SU Politk kepada Tuan Guru Abdul Hadi, tapi dia dikeluarkan (pecat) atas beberapa sebab tertentu.

Keputusan pemilihan AJK PAS dalam Muktamar baru-baru ini telah membuatkan satu gelombang baru sehingga UMNO dan kuncu-kuncunya menjadi tak menentu. Blog-blog pro-kerajaan dan UMNO/BN hilang pedoman dalam hal ini.

Untuk memastikan mod ini kekal, SU Agung PAS bagi saya perlu ditukarkan. Cikgu Pa masih terbaik, tapi situasi dan keadaan memerlukan Tuan Guru Abdul Hadi melepaskannya untuk melihat TG tidak terikat dengan Cikgu Pa. Kalau Saidina Omar boleh tukar Khalid AlWalid sebagai panglima perang, kenapa tidak oleh dibuat demi strategi dan mengambil kira mod rakyat.

No comments:

Post a Comment