Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 14, 2011

Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak....!!


PRESIDEN SWITZERLAND ARAH HARTA TAIB DISIASAT – keadilin daily

Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud di dalam bank Switzerland.

Di dalam suratnya dengan tajuk “Pembekuan aset Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia” bertarikh 8 April kepada Yayasan Bruno Manser, Micheline berkata beliau sudah menyerahkan maklumat tentang aset Taib Mahmud di dalam institusi kewangan di Switzerland kepada badan FINMA (Swiss Financial Market Supervisory Authority), sebuah organisasi yang mengawal aktiviti pembersihan wang haram, untuk siasatan.

Yayasan Bruno Manser adalah satu badan bukan kerajaan yang berpengkalan di Switzerland dan berjuang menentang rasuah Taib di Sarawak. Ia ditubuhkan sebagai tanda ingatan kepada Bruno Manser, pejuang alam sekitar yang hilang di secara misteri di dalam hutan Sarawak selepas bertahun-tahun berjuang menetang pembalakan haram yang mengganggu kehidupan orang Penan di Sarawak, lapor Sarawak Report.

Di dalam suratnya itu, Micheline menyatakan bahawa pihak berkuasa negaranya mengambil serius kebimbangan di peringkat antarabangsa tentang kemungkinan Taib mengambil untung secara haram daripada rasuah hasil pembalakan di Sarawak. Beliau sendiri menyatakan rasa tidak gembiranya kemungkinan aset daripada rasuah itu dilaburkan di Switzerland.

Nota:

harta ini wajib dibekukan
kemudian di rampas
kemudian di pulang kan ke rakyat sarawak
Kah...Kah...Kah...

No comments:

Post a Comment