Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 14, 2011

Bersiap Sedia 9 Julai Nanti...Jangan Lupa....!!


UMNO TAKUT HILANG KUASA JIKA PILIHANRAYA ADIL , KATA ANWAR - MI

Anwar Ibrahim menuduh Umno takut untuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam setahun ini semakin meningkat.

Anwar melahirkan pendirian ini ketika barisan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan membuat persiapan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 awal bulan depan.
Media milik Umno dan pemimpin Umno-BN mengkritik penganjuran himpunan itu.

“Mengapa tidak Umno (mahu) mengadakan pilihan raya bebas dan adil?” kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini.

“Jika mereka mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas, mereka bimbang akan kalah,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

Anwar menuduh media yang dikawal kerajaan mewakili persekitaran “yang tidak adil dan rasuah”.

Beliau juga menekankan bahawa rakyat hanya mahukan hak-hak yang termaktub di bawah perlembagaan untuk merasai pilihan raya yang adil dan bebas.

“Kini pilihan raya tidak adil dan tidak bebas,” kata Ketua Umum PKR ini.

NOTA:

jangan kena tipu lagi oleh pilihanraya
kerana itu sebelum pilihanraya kita turun ke jalan raya

kalau kita semua mahu BN mati tercekik
maka turun beramai ramai pada 9 julai nanti

sila bawa kemarahan terhadap BN
sila bawa kebencian terhadap BN
sila bawa kawan kawan melawan BN

Kah...Kah...Kah....!!

No comments:

Post a Comment