Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 10, 2011

Ayuh..!! Kita Rayakan BERSIH 2.0 Di Peringkat Negeri Pula...!!


Tahniah kepada pejuang-pejuang rakyat yang telah berhimpun atas nama BERSIH 2.0 kerana berjaya mengulangi himpunan yang dilakukan 2007 malah IGP sendiri pun mengatakan ianya seakan-akan pergerakkan reformasi.

Terbukti masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai jiwa yang kental, hati yang besar untuk menentang regim UMNO/BN yang semakin hari semakin bongkak dan angkuh. Hari ini terbukti pihak keselamatan sudah meletakkan maruah diri mereka di paras yang paling rendah kerana membiarkan diri mereka diperkosa dan diperkuda oleh UMNO/BN untuk terus menekan dan menendang perjuangan rakyat.

Liputan TV3, BERNAMA, AWANI dan RTM jelas membuktikan bahawa rentetan-rentetan yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini jelas mempunyai objektif untuk melihat BERSIH sebagai pihak yang ingin mengucar kacirkan ibukota Kuala Lumpur. Malahan media massa yang merupakan anjing peliharaan UMNO/BN dengan tidak segan silu melabelkan pejuang-pejuang rakyat yang ditahan, dipukul, dilempar pemedih mata dan asap sebagai pengecau ketenteraman dan aktiviti ekonomi Kuala Lumpur. Rupa-rupanya taktik dan strategi polis menutup semua jalan ke ibu kota dan mengarahkan semua kedai ditutup itu adalah bertujuan sebagai modal media massa menghebahkan bahawa BERSIH ini adalah golongan pengacau.

Sebenarnya, polis lah yang bertanggungjawab dalam kerugian ekonomi akibat kedai ditutup kerana tersalah tafsir atau sengaja menyalah tafsirkan dan menohmah bahawa perhimpuan BERSIH akan menjadi kacau bilau dan merosakkan banyak harta awam. Sekurang-kurangnya unit perisikan polis mesti dipersalahkan. Jelas penemuan molotov koktail, parang dan lain-lain adalah tipu helah semata-mata. Tiada kerosakan dilaporkan. Tiada kecederaan pihak polis. Tiada ahli BERSIH ditahan dengan parang panjang. Yang ada adalah kematian ahli BERSIH di KLCC kerana kesesakkan nafas. Ramai ahli BERSIH dipukul dan mengalami pendarahan. Diheret tanpa belas kasihan. Diikat tangan ke belakang seakan-akan perompak besar. Malah, Kehadiran wanita yang ramai berserta berpuluh kanak-kanak adalah jelas menjawab persoalan bahawa demo BERSIH adalah begitu aman sekali.

Najib adalah pemimpin yang sangat bacul sekali. Bagaimanakah beliau sanggup mengumpulkan sejuta belia di Putrajaya namun tidak sanggup membiarkan parti lawan berhimpun secara aman di Stadium Merdeka walaupun dibenarkan YDP Agong. Benarlah kata orang ' Najib adalah DESPERADO dan BACUL sekali. Malahan, beliau sanggup membiarkan pemimpin parti lawan bertaraf ulama dan tok guru ditangkap polis, membiarkan pemimpin pembangkang di parlimen tercedera malahan berpuluh yang lain ditahan? Sungguh bacul sekali. Malahan boleh dikatakan Najib adalah penderhaka titah Sultan yang mahu perhimpunan BERSIH dilakukan di stadium. Malahan, insiden ini melayakkan Najib ditabal ketua Munafik No 1 kerana ungkapannya 'melalak sampai malam' rupanya hanyalah justifikasi terhadap gelaran ketua munafik Malaysia yang diberikan sebelum ini.

Oleh kerana BERSIH telah berjaya dengan agenda di ibukota, maka sayugia diingatkan supaya gelombang yang tercetus ini hendaklah diteruskan di peringkat negeri dan daerah, DUN atau PARLIMEN. Ini kerana, kejayaan BERSIH hari ini masih tidak dapat dihayati atau difahami oleh orang-orang di kampung dan di pedalaman yang masih menjadikan Utusan, Berita Hairan dan TV3suku sebagai kitab pedoman.

Akhir kata, semoga gelombang ini bergema di seluruh Malaysia samada di alam yang fana atau di alam yang maya. Tidak guna gelombang yang dibina pada hari ini berakhir setakat di Kuala Lumpur kerana untuk menang pilihanraya, gelombang ini harus dicapah ke seluruh pelusok Malaysia."

No comments:

Post a Comment