Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 22, 2011

Kenapa Sampai Sekarang "Post-Mortem" Tak Keluar...??


BERSIH 2.0 : POLIS MASIH PERTAHAN BAHARUDDIN MATI KERANA SAKIT JANTUNG - MI

Polis menegaskan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 tiada kaitan dengan gas pemedih mata atau meriam air seperti mana yang didakwa.

Pengarah Jabatan. Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata, lokasi di mana Baharuddin berada iaitu di kawasan berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) langsung tidak ditembak dengan gas pemedih mata.

“Kematian Baharuddin Ahmad dikatakan mati kerana ditinggal pasukan polis, Baharuddin, 56, dikatakan mengalami kesesakan nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

“Hasil siasatan mendapati tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan ia disahkan dengan rakaman litar tertutup di KLCC,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.
Jelas Salleh, berdasarkan rakaman CCTV Baharuddin melarikan diri ke arah Avenue K yang terletak berhampiran KLCC kerana cuba mengelak daripada semburan meriam air.

Berdasarkan rakaman CCTV di dalam Avenue K, Baharuddin memasuki premis itu pada pukul 4.29 petang secara tergesa-gesa dipercayai melarikan diri daripada semburan meriam air yang turut diikuti peserta Himpunan Bersih 2.0 yang lain.

Rakaman juga mendapati Baharuddin memegang dada semasa melarikan diri.

“Di sana (Avenue K) pintu boleh ditutup (secara automatik) dan Baharuddin didapati rebah di bahagian dalam, dia terpisah daripada orang lain kerana pintu lain sudah ditutup.

NOTA:

sila baca berulang ulang berita ini
baca sekali lagi
baca lagi

dapat faham?
dapat yang maknanya?

BACA INI:

kematian ahli PAS itu disebabkan serangan jantung.

jelas kematin ini menurut polis akibat serangan jantung
mana polis tahu?
mati sakit jantung
atau mati sakit gigi
hanya boleh disahlan oleh doktor
melalui post mortem

mana dia kenyataan doktor?
mana dia laporan post mortem?

sudah hampir dua minggu tidak ada laporan post mortem?
kenapa?
ini kerna laporan post mortem sedang direka
kah..kah...kah...

No comments:

Post a Comment