Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 2, 2011

52 Nama Status Permastautin Tetap Bertukar Menjadi Warganegara Dalam Sekelip Mata...!!


Pas Titiwangsa kecewa dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menukar status Permastautin Tetap (PR) kepada status Warganegara pemilih di dalam senarai Rang Daftar Pemilih suku ke-2 2011 hanya beberapa jam selepas di kesan oleh petugas jentera pilihanraya Wilayah Persekutuan.

Kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT Pas Wilayah Persekutuan dan Pas Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus Permastautin Tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.

Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan di semak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.

Senarai status Permastautin Tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, 5 nama di Parlimen Segambut, 8 nama di parlimen Batu, 4 nama di parlimen Wangsa Maju, 1 nama di parlimen Bandar Tun Razak, dan 6 nama di parlimen Lembah pantai.

Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua image permastautin tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan di bawah ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.

Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN. Petugas Pas cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam.

Lebih pelik bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang Daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus Permastautin Tetap, apakah SPR lalai dalam tugasnya atau ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti UMNO/BN?

Pas Titiwangsa merasakan perkara ini sangat pelik dan suatu perkara yang sangat merbahaya di dalam negara apabila dengan mudah menukar status Permastautin Tetap bertukar kepada warganegara semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya yang akan datang.

Adakah semata-mata hendak memenangkan parti tertentu kaedah kotor terpaksa di gunakan hatta menjual negara seperti ini?

Pas Titiwangsa berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.

Berikut dilampirkan image yang sempat diambil sebelum dan selepas status taraf warganegara itu ditukar.

Khairul Anuar Manap
Timbalan Yang Dipertua
PAS Kawasan Titiwangsa

No comments:

Post a Comment