Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 27, 2011

Kini Muncul Pula Klon Hassan Ali....!!


LYNAS:PAS PUSAT AKAN PANGGIL DR CHE ROSLI – HD

PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.

Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.

Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.

"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas.

NOTA:

awas siapa yab ini?
apa yang wajib dilakukan oleh para pengundi

1 – pastikan yb ini tidak akan lagi dicalonkan
2 – jika yb ini dicalonkan juga – pastikan dia dikalahkan

kenapa?

kerana telah jelas yb sepeti ini tidak membawa apa2 manafaat
kepada kepenting orang ramai
malah memilih yn seperti ini lebih bahaya dari memilih yb BN
yb BN kita namapk jelas sebagai musuh
yb seperti ini adalah musuh dalam seluar

belajar dari sejarah:
semasa orang putih menjajah
kita senang melawan kuasa mat saleh ini
jelas dan nampak untuk dilawan
bila BN naik tahta ramai yang terkabur mata
Samalah apa yang terjadi seperti yb ini

No comments:

Post a Comment