Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 27, 2011

Turun Kejalan Raya Adalah Pilihan Yang Tepat...!!


ORANG ASLI SEDIA BERDEMO LAGI JIKA TANAH DIRAMPAS - MK

Masyarakat Orang Asli sekali lagi akan berarak ke Putrajaya jika kerajaan berkeras membahagikan tanah-tanah adat mereka.

Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOAM) Tijah Yok Chopil berkata walaupun Orang Asli dikenali sebagai masyarakat yang aman, namun mereka tidak mempunyai pilihan jika kerajaan masih berkeras.

"Secara jujur, walaupun tindakan itu membawa risiko yang tinggi, kami akan turun ke Putrajaya, Parlimen atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini bukan satu ancaman, tetapi hidup kami kini ditekan dan kami tidak ada pilihan lain.

“Jika ini membabitkan masyarakat lain, mereka sudah lama akan bertindak, tetapi kami adalah masyarakat yang cintakan keamanan dan oleh itu kami kesempatan diambil ke atas kami. Untuk masa depan generasi, kita tiada pilihan lain, walaupun jika perlu masuk penjara, " kata Tijah.

Penduduk pribumi berkenaan berang dengan pengumuman Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) baru-baru ini bahawa mereka telah memuktamadkan perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung cadangan pembaharuan di tanah-tanah Orang Asli.

NOTA:

Tindakan yang bijak dan sungguh tepat
hanya tunjuk perasaan yang menghasilkan jawapan
kalau tak berdemo tak ada siapa ambil pot

lihat apabila bersih turun ke jalan raya
seluruh dunia melihat dan membaca isu bersih

orang asli wajib cari terbaik untuk turun sekali
lagi ke jalan raya
!

No comments:

Post a Comment