Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 10, 2011

Kita Tunggu Sampai November....!!


PASCA -9 JULAI : BERSIH 2.0 BERI SPR TIGA BULAN LAKSANA 8 TUNTUTAN -MI

Sebulan selepas perhimpunan 9 Julai, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap dengan pendirian mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan isu berkaitan pengurusan pilihan raya terutamanya daftar pemilih.

Selain itu, menurut Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevesan , pihaknya memberi tempoh tiga bulan kepada SPR untuk melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Selepas sebulan kalau kita lihat telah wujud banyak perkara yang membuktikan semua tuntutan kami adalah berasas, malah ada bukti yang mana pada pendapat saya, SPR patut menangani dengan serius tentang perkara ini,” kata beliau.

Ambiga menambah, “persoalannya sekarang bagaimana pemastautin tetap boleh didaftarkan sebagai pengundi?”

“Jadi kami mahu SPR menubuhkan jawatankuasa khas dengan melibatkan wakil parti-parti politik untuk selesaikan semua isu pilihan raya terutamanya daftar pemilih,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ambiga sebelum ini pernah mencadangkan kepada SPR agar menubuhkan jawatankuasa khas itu dan Timbalan Pengerusinya Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihak akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

“Tetapi sampai sekarang kita belum mendapat apa-apa maklum balas mengenai perkara ini, kita akan teruskan tindakan untuk mendesak agar tuntutan ini dilaksanakan.

“Kita tetap mahukan SPR tubuhkan jawatankuasa khas ini, ia sangat penting untuk siasat semua masalah yang berlaku,” tambah Ambiga.

Bercakap soal kepincangan daftar pemilih yang menyaksikan banyak pendedahan dibuat Pakatan Rakyat, beliau menegaskan, “ia terbukti satu penipuan yang paling serius.”

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Daftar pemilih adalah satu perkara yang paling utama dalam pilihan raya, pendedahan yang dibuat PAS dan Pakatan Rakyat ini sangat serius kerana ia adalah satu penipuan yang nyata.

“Mereka (SPR) mesti melakukan siasatan secara telus dan mesti memberi penjelasan kepada rakyat tentang perkara ini,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini.

Kata Ambiga, tindakan SPR membenarkan pemastautin tetap mendaftar sebagai pengundi bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun banyak bukti didedahkan, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR tetap menafikan perkara itu.

“Memang parti-parti politik boleh membuat bantahan dalam masa-masa tertentu, tetapi ia satu proses yang tidak memberikan apa-apa hasil, malah ia bertentangan dengan peruntukan-peruntukan yang ditetapkan.

“Mana-mana pemastautin tetap tidak dibenarkan untuk mengundi. Kalau dibenarkan, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mana bukan warganegara Malaysia tidak boleh menjadi pengundi,” tambahnya.

Ekoran pendedahan itu, Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat rasmi kepada Najib Razak agar memanggil sidang tergempar Parlimen dalam tempoh tujuh hari bagi membahaskan isu itu.

Ditanya apa tindakan Bersih 2.0 selepas ini, Ambiga bagaimanapun berkata pihaknya akan melihat tindakan yang diambil SPR dan kerajaan dalam tempoh tiga bulan ini.

“Semua tuntutan Bersih 2.0 boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan, kami akan melihat perkembangan terbaru... apa tindakan SPR dan kerajaan,” katanya.

Selepas Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, Barisan Nasional yang dipengerusikan Najib turut menyuarakan pendapat untuk menyelesaikan isu kepincangan sistem pengurusan pilihan raya.

Nota:

Anak muda semua bangsa!
bersedia!

jika 4 tuntuan gagal
ertinya pakatan akan kalah pada pru 13
bukan kerana tidak dapat undi
tetapi kerana ditipu

sedar dan ingat hakikat ini!

- hapuskan undi pos
- pakai dakwat kekal
- bersih kan senarai pengundi
- panjangkan tempoh berkempen

empat tuntutan ini boleh dilakukan tanpa perubahan undang undang
empat tuntuan ini dalam skop spr
empat tuntuan ini tak kena mengena dengan parlimen

jika empat tuntuan ini tidak di lakukan
jelas pilihan raya ke 13 nanti BN akan menipu
jika pakatan kalah bermakna pakatan rakyat ditipu

tiga bulan TIDAK termasuk bulan puasa
justeru kita tunggu hingga bulan november

No comments:

Post a Comment