Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 10, 2011

Biar Papa Asal Bergaya...!!


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Negeri Melaka yang di lihat ingin melakukan pembaziran yang besar mengenai pembelian tender nombor pendaftaran kenderaan.

Maklumat pembelian tender nombor pendaftaran kereta ini di peroleh dari Pejabat JPJ Melaka yang menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Ianya melibatkan perbelanjaan tender nombor pendaftaraan kereta yang bernombor MCC 1 sehingga MCC 15.

Bayangkan RM317,000 untuk pembelian nombor pendaftaran kereta, ianya tidak masuk akal dan ianya suatu pembaziran duit rakyat?

Seharusnya kerajaan negeri dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Pembelian nombor kenderaan tidak memberi faedah besar kepada rakyat, lebih-lebih lagi ianya melibatkan kos yang besar.

Kerajaan perlu memikirkan nasib rakyat Melaka yang rata-rata hari ini masih belum berada pada taraf hidup yang memuaskan. Masih ramai lagi di kawasan luar Bandar di Melaka hidup miskin, buktinya dengan program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kerajaan negeri sendiri laksanakan ketika Pilihan Raya Kecil di Merlimau dahulu.

Rakyat Melaka juga masih terbeban dengan kenaikan harga barang, dan baru-baru ini kerajaan negeri juga telah menaikkan tariff air sebanyak 20%.

Dewan Pemuda PAS Melaka menggesa agar kerajaan negeri Melaka membatalkan hasrat untuk membeli nombor pendaftaran dengan kos tersebut atau kerajaan negeri boleh membeli tetapi dengan kos yang relevan dengan memikirkan kepentingan rakyat dan bukan kepentingan peribadi semata-mata.

No comments:

Post a Comment