Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 16, 2011

Tanpa SPR..Dah Lama PR Memerintah...!!

Satu untuk MIC..satu untuk MCA...dan satu lagi untuk United Malay National Organisation...kah kah kah

BN TAHU SPR BALANG OKSIGEN TERAKHIR MEREKA - HD

Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR belum digunakan tetapi sudah huru-hara seperti tersilap masuk data, salah maklumat, maklumat tidak sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya.

“Cuba bayangkan jika perkara ini tidak didedahkan oleh Pakatan Rakyat, maka isu ini akan menjadi barah negara yang paling merbahaya sedangkan ini melibatkan pemilihan pimpinan negara untuk masa depan rakyat di negara ini,” katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, ini bermakna, baik macam mana tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat, ia tidak bermakna kerana masalah daftar pemilih yang meragukan.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku, seperti kes Mismah dalam masa empat jam sudah bertukar menjadi warga negara dan layak untuk mengundi. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kesilapan teknikal,” katanya.

Pada hal menurut SPR, katanya mereka sentiasa membuat semakan menggunakan Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) untuk mengemas kini daftar pemilih dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kalau kemas kini, kenapa kes Mismah dan yang lain-lain lagi boleh berlaku.

Beliau berkata, satu perkara yang pelik apabila SPR turut memotong senarai nama pengundi berumur 90 tahun ke atas yang kesemuanya seramai 12,000 orang jika mereka didapati tidak lagi aktif.

Nota:

jelas sokongan orang ramai kepada pakatan rakyat melonjak
jelas jika pilihanraya diadakan hari ini maka pakatan akan menang

tetapi

jika pilihanraya diadakan hari ini maka pakatan akan kalah

kerana
spr telah merancang:
undi pos
undi hantu
undi bertindih
undi mat indon
undi mat bangla

spr bukan saja barua BN
spr bukan saja talian hayat BN
kini spr adalah balang oksigen BN
tanpa spr pakatan telah lama mentabir negara ini

No comments:

Post a Comment