Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 13, 2011

Ya Ampooon....Tolonglah Tuanku....!!


PAS TOLAK ASALAN SPR. MINTA CAMPUR TANGAN AGONG - MI

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — PAS menolak alasan “kesilapan teknikal” yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam berhubung kontroversi daftar pemilih, sebaliknya mendesak campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, Tuanku Mizan Zainal Abidin perlu menggunakan kuasa baginda ke atas suruhanjaya itu selain mengambil tindakan ke atas pengerusi dan timbalan pengerusinya berhubung isu memanipulasikan butiran pengundi, didakwa pembangkang memihak kepada parti yang memerintah.

Beliau mengecam penjelasan Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof semalam bahawa kesilapan-kesilapan yang dilaporkan adalah berpunca daripada masalah teknikal dan maklumat laman web bukan terkini.

Mohamad berkata alasan itu tidak boleh diterima kerana wujud begitu banyak kecelaruan dalam daftar pemilih.

“Kami bercakap mengenai ribuan dan ribuan kesilapan, pendaftaran berganda, pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi dalam sekelip mata... begitu banyak.

“Kami juga ada kes di mana seorang pengundi atas nama ‘Kampung Baru’ dan ini bukan kesilapan-kesilapan terpencil... di Selangor sahaja ada beribu-ribu kes,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di sini pagi ini.

Mohamad juga berkata kekurangan yang didedahkan oleh wakil rakyat pembangkang telah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap integriti kepimpinan semasa SPR mencecah paras paling buruk.

Keadaan itu kata beliau, boleh menyebabkan keraguan dan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi apabila keputusan pilihan raya umum akan datang.

“Jadi kami berharap Agong akan mengambil tindakan ke atas pengerusi (SPR) dan timbalannya yang telah gagal memberi keyakinan kepada rakyat bahawa proses pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata Mohamad.

“Jika rakyat menolak keputusan pilihan raya, maka ia boleh menjejaskan keselamatan kebangsaan. Jadi, mereka yang bertanggungjawab mesti mengambil tanggungjawab penuh dan memastikan bahawa daftar pemilih adalah bersih,” kata beliau.

Mohamad memberitahu PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan merungut jika Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa ataupun memperoleh lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum, tetapi kemenangan itu perlu diperoleh menerusi pilihan raya yang adil dan bersih.


NOTA:

jika pilihanraya diadakan tanpa:
- undi pos dihapuskan
- pembersihan senarai pengundi
- memanjang tempoh berkempen
- menggunakan dakwat kekal

maka pilihanraya ini adalah pilihanraya tipu
bila rakyat lihat ini tipu
rakyat jadi lagi marah

kalau pilihanraya tak tipu
sapa sapa boleh menang
orang ramai tak marah
ini pilihan orang ramai
rakyat akan akur

tetapi bila
mat indon mengundi
tetapi bila
mat bangla mengundi

maka rakyat akan menyinga
maka rakyat akan marah
rakyat marah kerana mereka kena tipu

ini samalah macam pilihanraya
yang dijalankan oleh mubarak di mesir
ini samalah macam pilihanraya
yang dijalankan oleh oleh mugabe di zimbabwe

No comments:

Post a Comment