Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 17, 2012

Terima Kasih Kepada Dato' Hassan Ali Kerana Tidak Merayu.....!!


ALHAMDULILLAH, selain dari kita baru sahaja mendapat nikmat kebebasan DS Anwar Ibrahim dari fitnah Liwat II baru-baru ini, terbaru satu lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita apabila Dr Hassan Ali dikatakan tidak akan merayu untuk kekal di dalam PAS.

Memetik kenyataan beliau,"Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti".

Memang benar, beliau tidak boleh melakukannya di dalam parti iaitu untuk menghancurkan PAS dari dalam. Segala gerak geri beliau yang bertopengkan perjuangan Islam, Melayu dan raja-raja itu telah lama dihidu oleh pemimpin-pemimpin dan kita sendiri. Kononnya beliau gagal mendapat sokongan dari PAS di dalam isu arak dan murtad, tetapi beliau lupa bahawa beliau sebenarnya ketika itu berada di dalam sebuah negeri bernama Selangor yang jauh lebih baik dari Umno sebelum itu.

Apakah isu arak di Selangor yang menyebabkan Dr Hassan Ali tidak mahu bersama PAS lagi? Adakah cara Dr Hassan Ali sesuka hati merampas arak dari kedai-kedai 7 Eleven itu tanpa menghiraukan undang-undang yang di luar kawalan kerajaan negeri itu tindakan bijak? Apakah tindakan berhikmah tetapi berkesan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan cara berbincang dengan pengusaha kedai-kedai berkenaan agar tidak menjual minuman keras tersebut di penempatan majoriti Melayu itu tidak kena dengan Dr Hassan Ali? Jika begitu, mengapa tidak sahaja Dr Hassan Ali rampas semua arak-arak di Kilang arak terbesar di Shah Alam?

Adakah beliau tidak sedar, minuman keras yang kebanyakannya dijual di kedai-kedai 7 Eleven itu telah ditafsirkan oleh undang-undang persekutuan sebagai bukan minuman keras kerana di bawah peratusan alkohol yang dikatakan arak, maka kedai-kedai berkenaan mempunyai hak untuk menjualnya dan kerajaan negeri tiada kuasa untuk menghalangnya? Namun demikian, langkah kerajaan negeri tetap dibuat secara berbincang dan meminta kerjasama pengusaha kedai-kedai berkenaan agar menjauhkan penjualan minuman keras tersebut di penempatan majoriti umat Islam. Ini tidak pernah berlaku sewaktu Umno memerintah Selangor.

Tindakan paling bijak kerajaan negeri juga adalah dengan menawarkan modal perniagaan bagi umat-umat Islam yang mahu berhenti di kedai-kedai penjualan arak. Alasan yang diberikan oleh Dr Hassan Ali kononnya perjuangan beliau di dalam isu arak ini sentiasa ditentang oleh beberapa pimpinan PAS Selangor merupakan alasan yang terlalu dungu. Mengapa Dr Hassan Ali tidak menyalahkan JAIS yang sepatutnya ke depan di dalam isu ini? Adakah JAIS hanya bekerja untuk menangkap mereka yang memberi tazkirah tanpa Tauliah sahaja? JAIS sebenarnya sudah tahu bahawa undang-undang Persekutuan banyak menghalang tugas-tugas mereka sebab itu di zaman Umno memerintah lagi penjualan arak langsung tidak dikawal. Apakah JAIS hanya wujud di Selangor sewaktu PR memerintah sahaja?

Alhamdulillah, meskipun menyedari undang-undang berkaitan arak ini di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mengambil beberapa langkah yang bijak penuh hikmah agar kesucian Islam tetap terpelihara. Dr Hassan Ali bertindak seolah-olah Kerajaan Persekutuan diperintah oleh PAS atau Pakatan Rakyat. Dr Hassan Ali mungkin berangapan Selangor di bawah Umno lebih bersih dan suci dari kerajaan sekarang.

Isu Gereja pula, Dr Hassan Ali mendakwa PAS Selangor bersekongkol dengan DAP dan PKR menentang usaha beliau yang kononnya berjuang menentang gejala murtad. Akhirnya, kita diberitahu isu Gereja ditutup kerana tiada bukti yang boleh menyatakan berlakunya kerja memurtadkan umat-umat Islam di Gereja berkenaan. Bukankah sebelum ini, Dr Hassan Ali dan JAIS sendiri melalak di dalam TV dan media mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh? Di mana bukti itu? Mengapa PAS tidak dibenarkan bertemu pihak Gereja dan JAIS? Tidakkah baik jika PAS sendiri menyiasat isu berkenaan jika JAIS sendiri gagal menyiasat dan mendapatkan bukti? Apakah kehendak PAS untuk bertemu pihak Gereja, maka Dr Hassan Ali anggap PAS menyokong Gereja?

Dr Hassan Ali tidak perlu memberi berbagai alasan dan hujah dangkal beliau jika beliau tidak mahu merayu untuk dikekalkan bersama PAS. Bersyukur lah kita dengan tindakan Dr Hassan Ali itu kerana PAS tidak harus memiliki seketul daging busuk yang bakal menjangkiti orang lain. Biarlah daging busuk ini terpelanting dari PAS bersama beberapa ekor lalat yang menghurunginya. - wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment