Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Feb 28, 2012

Hati-Hati Dengan Kadiaq Sheikh Fadziaq...!!


LAMAN ini gembira kerana tidak banyak blog-blog pro Pakatan Rakyat yang mengambil serius tuduhan mantan Menteri Perlancongan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berhubung kegiatan membeli undi oleh UMNO dalam pilihanraya umum 2008.

Memang itulah yang sepatutnya berlaku kerana motif dan tindakan Kadir amat diragui apatah lagi tuduhan itu hadir selepas lebih 4 tahun pilihanraya tersebut berakhir. Dan jika benar sekalipun kegiatan membeli undi itu berlaku, UMNO masih lagi kalah di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu dimana adik Kadir sendiri bertanding sebagai calon. Kalah di tangan pengkhianat yang kini mendapat gelar Datuk, Zulkifli Nordin.

Pada penulis, tindakan itu hanya membuka pekung di dada Kadir sendiri, silap-silap UMNO akan memindahkan semula kesalahan kepada Kadir yang terlibat membeli undi di kawasan tersebut kerana adiknya sendiri bertanding sebagai calon.

Telah banyak berita yang penulis dengar mengenai Kadir sebelum ‘perubahan' pada dirinya berlaku. Kisah dia mempunyai hutang yang banyak, cuba meminta bantuan dari UMNO untuk menyelesaikan hutang tersebut tapi tidak dilayan dan sebagainya sudah menjadi bualan sejak beberapa lama.

Lagipun sebagai bekas Menteri dibawah kerajaan UMNO, Kadir terpalit dengan pelbagai skandal berkaitan pemilikan harta kekayaan yang tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai seorang menteri dan Ahli Parlimen. Disamping amalan kronisme yang sangat dahsyat apabila menyusun adik beradiknya dalam barisan kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Kedah.

Adik beradiknya seperti Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Abdul Aziz Sheikh Fadzir masih aktif dalam UMNO.

Sudahlah Kadir itu sendiri ‘busuk', adiknya Musa juga masih terpalit dengan skandal Bazaar Perdana Perda - projek kerajaan persekutuan yang kini menjadi projek gajah putih di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Secara peribadi, penulis tidak pernah memaafkan Kadir lanjutan dari kesetiaan melampaunya kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad lebih lagi ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan pada 1998. Kadir adalah antara ahli Majlis Tertinggi UMNO yang menyokong keputusan Mahathir menyingkirkan Anwar dari parti tersebut.

Begitu juga dengan peranannya sebagai bekas Menteri Penerangan dibawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi. Dengan RTM antara agensi dibawah Kementeriannya, Kadir menggunakan seluas-luas peluang untuk merendahkan kredebiliti Anwar dan parti-parti yang kini membentuk Pakatan Rakyat.

Ini yang penulis pertikaikan, kenapa setelah Pakatan Rakyat kuat dan dia sendiri sudah tidak diingini dari UMNO, baru Kadir terhegeh-hegeh mencari semula Anwar dan membuat pendedahan yang tidak disertai dengan bukti?

Penulis yakin, Kadir adalah parasit yang telah kembung di dalam UMNO, kini mahu meneruskan ‘kekembungan' itu menerusi Anwar pula. Manusia seperti ini dalam apa keadaan pun perlu kita tolak dan elak. Kalau dia boleh ‘menjual' dirinya setelah ditolak dari UMNO, apa jaminan dia tidak akan berbuat perkara yang sama setelah diterima di dalam Pakatan Rakyat kelak?

No comments:

Post a Comment