Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Feb 28, 2012

Himpunan Hijau 2.0 : Berjaya Atau Gagal...??


PERTAMA sekali, penulis ingin nak mengucapkan tahniahlah kepada Jawatankuasa Penganjur Anti Lynas kerana berjaya juga akhirnya (disebalik semua halangan) menjayakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 Kuantan semalam.

Penulis lihat jumlah yang datang boleh dikatakan membanggakan. Tapi penulis kurang berminat dengan politik angka ini kerana belajar dari pengalaman 1999 bila ribuan yang hadir dalam ceramah Barisan Alternatif (BA) ketika itu, gagal diterjermahkan dalam bentuk kejayaan merampas Malaysia dari BN.

Lagipun ramai ibu bapa yang membawa anak-anak masing-masing ke perhimpunan tersebut telah membantu dari segi jumlah kehadiran orang ramai.

Yang penulis lebih berminat ialah berapa banyak sokongan dari penduduk tempatan yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0 semalam? Itu lebih penting kerana tidak ada gunanya seluruh Malaysia melihat projek itu merbahaya sedangkan penduduk tempat sendiri tidak kisah dan tidak peduli mengenainya.

Maklumat yang penulis terima, operasi harian penduduk Gebeng dan Balok berjalan seperti biasa, menunjukkan kurang sambutan penduduk di dua kawasan tersebut menghadiri himpunan itu walaupun cuti hujung minggu dan di sesetengah tempat, pengangkutan disediakan pihak penganjur.

Ini mencetuskan persoalan, kenapa orang dari luar kawasan dan negeri Pahang sendiri yang lebih beria-ia ingin melihat projek Lynas tersebut dibatalkan tapi orang disekitar kawasan, tidak pula kisah untuk menyertai himpunan tersebut sedangkan mereka adalah pihak yang paling menerima kesan jika apa yang dikatakan mengenai bahaya radioaktif Lynas oleh pihak penganjur itu menjadi kenyataan?

Dimana silapnya sehingga kempen kumpulan anti Lynas ini tidak mendapat sokongan penduduk tempatan? Atau pihak Lynas telah berjaya ‘mendiamkan’ penduduk di dua kawasan terbabit dengan ganjaran-ganjaran tertentu?

Itu yang pertama. Kekecewaan penulis yang kedua ialah kegagalan PAS memujuk YB Dr. Che Rosli Che Mat yng juga seorang pakar nuklear mengubah pendirian dan menyertai Himpunan Hijau 2.0 semalam.

Seperti dalam artikel sebelumnya, penulis telah menyatakan bahawa gerakan anti Lynas ini tidak mempunyai pakar nuklear dan radioaktif yang boleh menyokong hujah bahawa pengoperasian Lynas di Malaysia boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

Kehadiran Dr. Che Rosli (PAS-Hulu Langat) sudah tentu akan menguatkan lagi hujah kita kenapa kilang Lynas ini perlu dihalang daripada terus dibenarkan beroperasi di Malaysia. Secara peribadi, penulis melihat Dr. Che Rosli adalah seorang ahli politik pra matang dan mementingkan kelebihan akademiknya dari yang lain.

Penulis dimaklumkan saudara Hishamudin Rais bahawa 10,000 orang hadir. Itu menunjukkan, PAS gagal menghantar 10,000 ahlinya seperti yang dijanjikan sebelum itu. Kegagalan ini menyebabkan impak yang diharapkan dari kempen anti Lynas ini, gagal memberikan kesan yang diharapkan.

Sebaliknya DAP pula yang lebih berjaya, dilihat dari ramainya penyertaan kaum cina di dalam perhimpunan tersebut.

Penulis harap Pakatan Rakyat melihat semula kewajaran menyokong perhimpunan seperti ini di masa hadapan. Sementara kita berjuang untuk kepentingan rakyat, rakyat terutama masyarakat setempat pula tidak menghargai susah payah kita. Atau mungkin mengkaji pedekatan yang lebih strategik untuk menarik minat rakyat menghadiri perhimpunan seumpamanya.

Apatah lagi bila ada pemimpin Pakatan Rakyat seperti Dr. Che Rosli sebagai saintis nuklear tidak menyokong usaha ini.

No comments:

Post a Comment