Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Feb 22, 2012

PANAS...!! Projek RM2.2 Bilion Kepada Bekas Hakim, Peguam Umno,,,,!!


Sumber : KeadilanDaily

KUALA LUMPUR 21 Feb: Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan isu pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

“Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.

“Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan mengaitkan dua individu berkenaan mendapat habuan kerana peranan mereka membantu rampasan kuasa BN di Perak pada Februari 2009.

Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua syarikat yang menerima konsesi itu iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Manakala Isteri Tun Zaki pula merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.

Sehubungan itu, Izzah antara lain menuntut Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis, berdasarkan peruntukan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009.

Beliau juga menggesa supaya kerajaan mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender lebuhraya itu kepada syarikat berkenaan.

“Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?,” Soal ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Selain itu, beliau turut menuntut kerajaan mengeluarkan maklumat lengkap berkenaan konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan lebuh raya berkenaan.

“Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment