Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 20, 2012

Tanda Pilihanraya Dah Dekat....!!

Dividen KWSP 6 peratus, tertinggi menjelang PRU13 -MK

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.

Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

1 comment:

  1. Selagi SBPA tak selesai,dan bolih dilaksanakan dalam bulan April 2012,dah berkuatkuasa mulai 1.1.2012. Najis tak akan berani membubarkan Parliment. Najis akan bubarkan parliment awal bulan Mei 2012, dan hari mengundi pada 2 atau 3 hb. Jun.2012. InsyaAllah PR akan berkuasa selepas itu.

    ReplyDelete