Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 14, 2012

Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia...??


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah dan merasa simpati kepada keluarga Nurul Nadirah Abdullah di atas kematian beliau semalam. Lebih menyayat hati apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung di Nusa Damai, Johor Bahru semalam.

Hancur luluh jiwa bagi seseiapa yang menghadapi musibah sebesar ini.

DPPM merasa sedih kerana ada insan yang tidak berperikemanusiaan sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Apalah dosa bagi seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa ini sehingga beliau dijadikan korban bagi memenuhi nafsu mereka yang bertuhankan syaitan.

Dalam pada itu, DPPM meminta pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menyiasat perkara ini serta segera mengambil tindakan terhadap individu terbabit yang melakukan jenayah ini. Tidak ada maaf bagi mereka yang melakukan perbuatan sekejam ini. DPPM juga meminta PDRM mengetatkan kawalan keselamatan serta mencari jalan pencegahan diseluruh negara bagi mengelakkan perkara seumpama ini berulang.

Peristiwa penculikan dan pembunuhan kanak-kanak bukan berlaku sekali, tetapi sudah kerap berlaku di negara ini. Apa sudah jadi kepada Malaysia apabila budaya sopan santun dan hormat menghormati yang dahulunya amat menebal dalam masyarakat Malaysia sudah semakin hilang. Penjenayah sudah semakin berani melakukan perbuatan luar dari kewarasan akal manusia. Apakah sebabnya sehingga kejadian seperti ini boleh berlaku?

Tragedi yang menimpa Nurul Nadirah Abdullah akan menimbulkan kekhuatiran dan kebimbangan masyarakat bahawa negara ini tidak selamat dari ancaman penjenayah. Ibubapa sukar melepaskan anak-anak mereka ke sekolah atau ke taman permainan kerana bimbang nasib yang sama akan menimpa anak-anak mereka pula. Ramai sudah berkira-kira, siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini.

Justeru, DPPM menasihatkan ibu bapa dan masyarakat agar mengambil langkah bersama bagi mencegah kejadian ini. Anak-anak tidak harus dibiarkan berseorangan bermain ditaman-taman permainan atau ke kawasan berhampiran melainkan perlu pemantauan ibu bapa dan penjaga.

Akhirnya, DPPM mendoakan keluarga allahyarhamuha Nurul Nadirah Abdullah semoga tabah menghadapi ujian seberat ini. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji keluarga beliau melainkan untuk mengangkat darjat mereka di sisiNya. DPPM juga mendoakan semoga roh allahyarhamuha ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment