Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 29, 2012

Mari Kite Pakat Gi Ramai-Ramai....!!


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Lebih 10,000 tandatangan peneroka membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya esok.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, penyerahan tandatangan dan memorandum bantahan akan dimulakan dengan perarakan dari Masjid Putrajaya selepas solat Jumaat.

"Saya mewakili Anak menyeru semua rakyat khususnya warga Felda agar dapat bersama-sama dalam perhimpunan esok.

"Kita akan berarak kira-kira dua kilometer dan berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri sebelum menyerahkan tandangan dan memorandum bantahan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Memorandum yang akan diserahkan esok antaranya menggariskan mengenai keburukan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada peneroka, termasuk kehilangan tanah mereka.

Sementara itu, Mazlan mengingatkan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan agar menghentikan sebarang kenyataan membelakangkan keputusan mahkamah.

Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan diadakan pada 12 April.

"Saya minta Ahmad Maslan bersabar dan tunggu keputusan mahkamah mengenai permohonan injunksi peneroka pada 2 April ini.

"Kita belum tahu keputusan mahkamah berpihak kepada Felda atau peneroka. Jadi beliau sepatutnya tunggu selepas 2 April untuk buat kenyataan," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuantan akan membuat keputusan berhubung permohonan injunksi lapan pemegang saham KPF bagi menghalang KPF melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH.

No comments:

Post a Comment