Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 29, 2012

Tak Mustahil Himpunan JOM 100 Akan Bertukar Kepada BERSIH 3.0....!!


Kerajaan yang tentukan sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya- MerdekaReview

"Sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya, ia ditentukan kerajaan." Demikianlah kata-kata daripada sumber maklumat yang dihubungi MerdekaReview. Beliau menjelaskan bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mengambil kira sikap kerajaan, sebelum menentukan sama ada untuk mengadakan perhimpunan atau tidak.

Semalam, ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 telah bermesyuarat untuk membincangkan persediaan kempen "JOM100 untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihanraya ke-13". Seandainya kerajaan enggan menunaikan lapan tuntutan BERSIH 2.0 sebelum PRU 13 diadakan, maka kerja persediaan "JOM 100" ini bakal ditukar menjadi persediaan perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurut sumber maklumat, seandainya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya tidak mencadangkan dalam laporannya, lapan tuntutan BERSIH 2.0 untuk dilaksana sebelum PRU 13; atau kerajaan memberi reaksi yang negatif, maka persediaan JOM 100 bakal ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0.

"Jikalau PSC mengecewakan orang ramai, maka kerja persediaan akan ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0," kata sumber.

Seandainya reaksi negatif diberikan PSC atau kerajaan, maka perhimpunan BERSIH 3.0 dijangka berlangsung pada akhir April tahun ini. Sebelum ini, tersebar khabar di ruang internet bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bakal dijalankan pada 28 April, namun ahli jawatankuasa BERSIH menafikan bahawa tarikh perhimpunan telah ditetapkan.

PSC yang diketuai Maximus Ongkili (gambar kanan, kanan) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia akan memanggil sidang mesyuarat terakhir pada hari ini. PSC dijangka mengemukakan laporannya pada minggu depan.

Ketika PSC ditubuhkan, BERSIH 2.0 telah menegaskan bahawa Perdana Menteri harus memanggil pilihan raya umum hanya selepas lapan tuntutan reformasi sistem pilihan raya BERSIH dilaksanakan. Seandainya PM enggan berbuat demikian, maka langkah penubuhan PSC sekadar "langkah diplomatik", dan rakyat masih boleh mempertikaikan keabsahan pemerintah.

No comments:

Post a Comment