Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 23, 2012

Hok Sesat Ni..Lah Hok Tulong Mung Semayang Mayat Kekgi....!!!

Dialek Terengganu di atas bermakna ‘Orang yang kamu katakan sesat inilah yang tolong solatkan jenazah’. Ayat ini muncul spontan apabila Umno Terengganu melalui kuasa yang ada di peringkat negeri Terengganu mengadakan wacana secara ‘halal’ mencop PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Ahli panel yang sememangnya dikenali, juga resolusi yang mungkin telah disediakan berhari-hari lebih awal mewarnai wacana sumbang dan sesat itu. Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato’ Hj Husin Awang sendiri telah membuat kenyataan yang boleh diakses di buletinonlinemenjawab tuduhan Ahmad Said al-kijali as-sesati yang menyatakan PAS sebagai parti ajaran sesat. Jawaban itu berdasarkan fakta mengenai hakikat dasar, matlamat dan perjuangan PAS itu sendiri yang berusia sudah melebihi 50 tahun. Saya rasa ia tidak perlu diulang di sini kerana akan menjadi tahsilulhasil (perkara yang sama diulang), terutama kepada mereka yang masih bodoh dan membodohkan diri sendiri tidak mahu memahami dan mengerti perjuangan PAS ini. Namun apabila ia diwacanakan secara ‘halal’, menyesatkan perjuangan Islam bagi menegakkan Islam secara syumul, maka ia adalah sesuatu yang besar. Tapi kita boleh faham, isu ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan kerana Umno sebenarnya sudah tidak ada modal bagi menyerang PAS. Isu tahaluf siasi dengan DAP, isu undi Melayu kurang jika Umno kalah, isu PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan lain-lain sebenarnya PAS ada jawabannya sendiri dan telah dijelaskan oleh PAS melalui media cetak atau ceramah pimpinan PAS dari semasa ke semasa. Ahmad Said yang dikenali sebagai agak pongah dan cepat melenting pernah mencabar Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang, YB Hj Abdul Wahid Endut dalam sidang DUN negeri Terengganu suatu masa dahulu bertumbuk di luar dewan selepas YB Wahid Endut membangkitkan suatu isu ketika itu. Wajarkah diajak bertumbuk di luar dewan? Kepongahan itu rupanya tidak dapat dibendung. Ia dilihat oleh semua orang. Tidak malukah dengan perangai buruk itu? Kali ini bukan sahaja pongah, tetapi sangat biadab dengan menuduh PAS sebagai sesat. Ia tuduhan tidak bertanggungjawab. Sesat adalah suatu perkara yang besar apatah lagi melibatkan PAS sebagai parti politik dan satu organisasi besar dengan keahlian yang ramai dan sokongan rakyat kepada perjuangan Islam. Bukan Islam boleh memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Kenapa Ahmad Said tidak boleh faham dan sengaja membebalkan diri dan hati dari hakikat dan kebenaran ini? Ahmad Said kena ingat. Juga penyokong-penyokong Umno yang mengiakan tuduhan ini bahawa apabila berlaku kematian, siapakah yang dipanggil untuk membantu meramaikan solat jenazah? Bukan anak-anak pondok yang menyokong PAS? Bukan ahli qaryah yang menjadi penyokong tegar PAS? Justeru, kami sebagai ahli PAS mendesak Ahmad Said menarik balik tuduhan itu, meminta maaf kepada PAS atau bersedia berdebat/muzakarah sekali lagi dengan pimpinan PAS. Itupun kalau kamu anak jantan. Lihat Perlembagaan PAS: Fasal 3 Dasar PAS adalah ISLAM Fasal 4 Seruan PAS adalah ALLAHU AKBAR Fasal 7.1 Hukum tertinggi dalam perjuangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMA dan QIAS yang terang dan nyata Fasal 5 Tujuan (Matlamat) Perjuangan PAS Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Fasal 6 Bagi mencapai tujuan perjuangan, PAS menjalankan usaha-usaha berikut Menyeru umat manusia kepada syari’at Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar. "

No comments:

Post a Comment