Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 12, 2012

Kenyataan Media....!!


SOLIDARITI HIJAU SEMALAYSIA – STOP LYNAS 10 APRIL 2012 (SELASA)

Pengumuman senarai lokasi bagi mobilisasi kempen Solidariti Hijau SeMalaysia
Himpunan : Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas
Pada : 13 April 2012
Masa : Selepas Solat Jumaat (1.30PM-3PM)

TIMBALAN PRESIDEN PAS, TN.HAJI MOHAMAD SABU AKAN BERSAMA-SAMA DALAM HIMPUNAN INI DI DATARAN SHAH ALAM.

JAWATANKUASA SOLIDARITI HIJAU SEMALAYSIA STOP LYNAS DIPENGERUSIKAN OLEH TN.HAJI ZULKEFLY MOHAMAD OMAR, PENGERUSI LAJNAH ALAM SEKITAR PAS PUSAT/AJK PAS PUSAT.

SEMUA WAKIL PIMPINAN PAS NEGERI DAN WAKIL NGO AKAN MEMIMPIN HIMPUNAN DI SETIAP NEGERI DISELURUH NEGARA.

Merujuk kenyataan media kami keluarkan pada 4 April 2012 lalu dalam sidang akhbar di Mahkamah Jalan Duta, maka pada hari ini gabungan dalam Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas (SHS-SL) dengan sukacita mengumumkan lokasi-lokasi perhimpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas dijadualkan akan diadakan di seluruh negara pada 13 April 2012, selepas sembahyang Jumaat.

Berikut adalah senarai lokasi perhimpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas:
Bil. Negeri Lokasi * Catatan
1. Selangor & KL Dataran Shah Alam (Berhampiran MBSA), Shah Alam
2. Pahang Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan, Pahang.
3. Perak Tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu, Perak. 3.00 petang.
4. Pulau Pinang Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, P. Pinang.
5. Terengganu Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu, Terengganu.
6. Melaka Masjid Al Azim, Melaka
7. Johor Masjid Daerah Batu Pahat, Batu Pahat, Johor.
8. Kedah Dataran Jam Besar, Sungai Petani, Kedah.
9. Negeri Sembilan Taman Tasik Seremban, Hadapan Masjid Negeri, Seremban.
10. Kelantan Dataran Ilmu, Kota Bharu, Kelantan 10.30 pagi **
11. Sarawak Masjid At Takwa, Miri, Sarawak.

Nota: * Semua nama masjid dinyatakan dalam senarai di atas hanya sekadar merujuk nama masjid sebagai petunjuk lokasi terhampir dari tempat sebenar perhimpunan telah dirancang. Pihak SHS-SL sama-sekali tidak pernah merancang apa-apa perhimpunan yang kononnya bakal diadakan di dalam kawasan mana-mana masjid.

** Himpunan di Kelantan akan dimulakan selepas kuliah mingguan Tok Guru Nik Abdul Aziz pada jam 10.30 pagi. Kecuali bagi Kelantan dan Perak, semua himpunan akan bermula selepas solat Jumaat.
Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya menyertai himpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas ini yang akan diadakan di seluruh negara, selepas solat Jumaat pada 13 April 2012.

Matlamat inisiatif Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas menganjurkan himpunan soldariti di seluruh negara sejak pertama kali dianjurkan pada 26 Februari lalu (tanda solidariti mendukung Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan) adalah untuk mengangkat kesedaran alam sekitar dan perjuangan penduduk kampung di Gebeng dan Kuantan itu agar menjadi sebuah kempen berkenaan alam sekitar yang besar dan penting –isu penting di peringkat nasional-- yang mampu menarik keprihatinan seluruh rakyat di seluruh pelosok negara.

Perhimpunan aman solidariti di seluruh negara ini juga sekaligus bertujuan untuk mematahkan putar-belit pihak tertentu yang cuba memomokkan bahawa kempen Hentikan Lynas ini cuma sekadar isu terpencil yang hanya melibatkan masalah tempatan penduduk Kuantan semata-mata.

Selain mahu menjadikan aksi solidariti ini sebagai sebuah medan membangkitkan kesedaran alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia, himpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas kali ini
juga adalah penting dan membawa kesan besar (significant) bukan saja terhadap dinamika gerakan rakyat serta perjuangan alam sekitar di negara ini pada amnya, malah secara khususnya himpunan
pada 13 April ini juga bakal menjadi isyarat jelas menunjukkan pendirian tegas rakyat Malaysia dalam beberapa persoalan berkaitan, seperti berikut:

1) Demonstrasi rakyat menolak PSC
– Perhimpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas adalah medan untuk rakyat menyatakan pendirian mereka menolak sepenuhnya tindakan pemerintah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan Lynas, berdasakan alasan-alasan berikut:

a). Penubuhan PSC hanyalah satu lagi tipuhelah untuk melengah-lengahkan keperluan mendesak bagi kerajaan supaya segera mengambil keputusan menghentikan projek Lynas sejajar tuntutan rakyat.

b). PSC ditubuhkan untuk tujuan mengalihkan tumpuan kritikan dan perhatian –dari pusat kuasa pemutus di Putrajaya, kearah jawatankuasa lemah dan tanpa kuasa– dengan matlamat utama
menyediakan ruang (kononnya, sebagai saluran sah) bersuara supaya dapat meredakan penentangan lantas menyejukkan kemarahan rakyat.

c). Penubuhan PSC ini hanyalah sebagai fait accompli ** untuk meluluskan sahaja loji bernilai RM700 juta itu. Persoalannya ialah kenapa hanya setelah projek itu hampir 95 peratus selesai dan setelah syarikat Lynas dianugerahkan Temporary Operating Licence (TOL) baru ditubuhkan jawatankuasa yang kononnya untuk mengkaji kes ini.

** Fait accompli literally translates into fact accomplished.
In English, (and in French) fait accompli means a course of events that has already been completed and cannot be undone, or something that has been decided and is, therefore, a done deal.

2) Reaksi rakyat terhadap keputusan Semakan Kehakiman pada 12 April 2012
– Memandangkan keputusan penghakiman semakan kehakiman berhubung pemberian lesen operasi sementara (TOL) kepada Lynas akan diumumkan mahkamah pada 12 April 2012 (Khamis), maka himpunan Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas yang secara kebetulan bakal diadakan pada keesokan harinya (13 April 2012) sewajanya sesuai sebagai tempat menyatakan tindakbalas atau reaksi sebenar majoriti rakyat (terhadap keputusan penghakiman itu nanti), petanda menyokong tindakan berani plaintif (10 orang penduduk Kuantan) mewakili kepentingan secara tidak langsung seluruh rakyat Malaysia dalam tuntutan mereka.

3) Membina momentum dan sokongan menjelang Himpunan Hijau 3.0 & Bersih 3.0
– Himpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas yang telah dirancang dan diumumkan tarikhnya lebih awal sebelum ini adalah atas niat murni untuk membantu mencetuskan gelombang hijau-kuning serta membina momentum sokongan seluruh rakyat prihatin supaya menyertai Himpunan Hijau 3.0 dan Bersih 3.0 yang akan diadakan serentak pada 28 April 2012. Maka, kami menyeru semua pihak mahupun persatuan, kumpulan, pertubuhan serta semua badanbadan masyarakat sivil tanpa mengira latar tuntutan perjuangan masing-masing perlu untuk berpadu suara dan tenaga segera bersama menyatakan dukungan dengan menyertai kempen Bersih 3.0 – sebuah gerakan rakyat menuntut sistem pilihanraya bersih dan adil.

Dengan ini, sekali lagi kami merayu kepada semua Anak Bangsa Malaysia supaya menyokong dengan sepenuh hati dan menyertai gerakan solidariti rakyat di seluruh negara ini dalam perjuangan rakyat HENTIKAN LYNAS dan SELAMATKAN MALAYSIA kerana projek Lynas bakal membahayakan kesihatan bukan sahaja terhadap penduduk Gebeng di Kuantan malah juga keselamatan dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

Dikeluarkan oleh,
Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas (SHS-SL)
(Menyatakan hasrat sertai inisiatif, sokongan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi SHS-SL melalui
telefon:03–79827101, fax:03-79829097, emel: asalkanbukanumno@gmail.com)


Senarai organisasi bergabung bersama mendukung inisiatif (endorsees):
1. Badan Bertindak Anti-Rare Earth (Badar)
2. Stop Lynas Coalition (SLC)
3. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
4. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
5. Asalkan Bukan Umno (ABU)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Himpunan Hijau
8. Green Clean World
9. Federation of Volunteers, Malaysia
10. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
11. Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)
12. National Indian Rights Action Team (NIAT)
13. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
14. Malaysian Indian Progressive Association (MIPAS)
15. People's Green Coalition
16. Angkatan WargaAMAN Malaysia
17. People's Welfare & Rights Coalition (POWER)
18. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
19. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
20. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
21. Malaysian Indian Youth Council (MIYC)
22. Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak
23. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
24. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
25. Association for Malaysian Indians of Kelantan Origin (SOKMO)
26. Rumah Anak Teater (RAT)
27. Malaysian Indian Student Association (MISA)
30. Consumers' Association Of Penang (CAP)
29. Save Teluk Rubiah
30. Perak Green Pioneer
31. Bangkit Malaysia"

No comments:

Post a Comment