Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 20, 2010

Nampak Gagah...Tapi Lembik....!!!


PROJEK WARISAN MERDEKA BUKAN ARAHAN SAYA : NAJIB - MS

Najib Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dia berkata, dia tidak mengarahkan PNB untuk melaksanakan projek berkenaan.
"Ia telah dirancang dan dicadangkan oleh PNB kepada kerajaan.

"Saya tidak mengarahkan PNB, PNB yang mencadangkan. Ia sangat diinginkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah PNB," katanya dalam sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpuan Agung Umno di sini, Selasa.
--------------------------------------------------------------
Woittttt.....BELUM APA- APA DAH PUN KLUK KLEK......

Kah...Kah....KALAU PNB PUNYA...KENAPA JADI BANGANG MASUKKAN DALAM BAJET.....

Kah...Kah....INI SEMUA NAK SURUH MELAYU SERONOK.....

Kah...Kah....RUPANYA NAFSU JE TINGGI...TAPI MALANGNYA LEMBIK.....

Kah...Kah....ATAUPUN MUNGKIN MADEY DAH WARNING....

Kah...Kah....MADEY MARAH KERANA BANGUNAN WARISAN LEBIH TINGGI DARI MENARA PETRONAS...

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...BILA DENGAR JE BAJET NAJIB...TAHU DAH PILIHARAYA DAH DEKAT....MELAYU TEPUK TANGAN SEBAB SERONOK...KAH...KAH....KAH....

Happy Birthday Buat TG Presiden PAS...!!


Hari ini, Rabu 20 10 2010
Krew Sepang Kederang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran Yang ke 63 buat Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang.

Kami tidak putus-putus mendoakan Semoga Tuan Guru terus dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin kami kearah kebenaran hakiki dan di redhai Allah...
Allahu Akbar...Walillahilham...!!


Nafsu Besar + Badan Besar = Belanja Besar....!!!


Tian: Kos perjalanan rasmi PM naik kerana Rosmah -MK

Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi 75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102 pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah RM21.45 juta.

Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka membuat lawatan rasmi.

“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.

Menurut beliau, apabila Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009 kos lawatan perdana menteri dan timbalannya terus meningkat kepada RM6,041,934.35 dan jumlah itu melambung kepada RM9,807,310.63 bagi tahun ini.

Membanding jumlah lawatan, Chua berkata antara 2008 hingga 2009, kos perbelanjaan perjalanan adalah 7.94 peratus manakala daripada 2009 hingga 2010 ia naik kepada 62.32 peratus.

“Saya percaya semasa lawatan rasmi jabatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri terpaksa membayar perbelanjaan boros isteri perdana menteri,” katanya.

“Rosmah Mansor (kanan) mempunyai rekod sebagai berbelanja besar di London pada 2008, saya percaya jumlah kos yang tinggi itu adalah untuk menampung perbelanjaan isterinya, sebagai contoh lawatan (Rosmah) ke Forum Antarabangsa Wanita di Washington dan New York pada Mei lalu,” kata Chua dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, jawapan kepada soalan kedua Tian berhubung kos pengurusan dan pembangunan Jabatan Perdana Menteri, timbalannya serta agensi berkaitan mendedahkan jumlah itu yang berjumlah RM4.3 bilion pada 2006 melonjak kepada RM10.2 bilion tahun lalu.

“Ini bermakna ia meningkat 136 peratus dan ini tidak termasuk perbelanjaan tambahan,” kata Tian.

Pada pementangan Bajet 2011, Jumaat lalu, Najib mengumumkan peruntukkan RM18.14 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri.

Peruntukan itu mewakili 8.55 peratus daripada jumlah peruntukan bajet yang bernilai RM212 bilion.

“Ia menerima peruntukan ketiga terbesar mengikut agihan kementerian dengan RM35.76 billion untuk Kementerian Pelajaran dan RM31.2 bilion untuk Kementerian Kewangan,” kata Tian.

Nota :




Semua puji Rosmah sebab berjaya pujuk najib turunkan cukai untuk seluar dalam...!! Kah...Kah....Kah...!!!

Sembelit UMNO Terengganu Makin Kritikal....!!!

Hok mana satu musang ning...???

KUALA TERENGGANU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam membidas segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan sebagai ‘musang berbulu ayam’ kerana tidak ikhlas berjuang bersama parti.

Hishammuddin berkata,: pemimpin seumpama itu hanya tahu mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan parti dengan ‘tidur dan gemuk’ dalam UMNO semata-mata untuk mencapai kesenangan serta memenuhi kepentingan diri.

“Ada di antara kita sedikit lupa kepada parti, sebahagiannya pula mungkin keliru (dengan perjuangan parti) dan mula mengambil kesempatan (terhadap peluang yang ada), lalu timbullah apa yang dikatakan musang berbulu ayam.

“Musang berbulu ayam yang tidur dan gemuk dalam rumah UMNO, anggap UMNO batu loncatan (capai kepentingan diri),” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu di Primula Beach Hotel, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan semua barisan kepimpinan UMNO lain.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, individu musang berbulu ayam bukan ahli parti sejati kerana mereka akan meninggalkan UMNO apabila sudah tidak mempunyai tempat dan peluang.

Lebih menyedihkan katanya, individu tersebut sanggup memaki hamun, memfitnah dan memperlekehkan UMNO selain berusaha mewujudkan suasana tidak aman dalam negara hanya kerana memenuhi kepentingan diri sendiri.

“Mereka ini bukan ahli parti tulen, orang-orang UMNO yang telus dan ikhlas akan terus bersama parti walau dalam keadaan susah atau senang,” katanya. Pada zaman kepimpinan pemimpin UMNO terdahulu, orang-orang UMNO tidak mempunyai masa untuk tidur dan gemuk dalam parti kerana mereka meletakkan kepentingan parti melebihi dari semua perkara. Katanya, demi kesetiaan dan perjuangan UMNO, golongan wanita sanggup menyerahkan barang kemas dimiliki mereka untuk digadai semata-mata membebaskan tanah air dan orang Melayu daripada penjajah.

Nota :

Doh Kata selesai doh....
Baru ning kata melayu bangkit doh...
Doh guane pulok tubik Musang musang ni....
Doh lah musang..bulu ayam pulok....
Rakyat jugok hok terlopong mulut...tengok puok bengong dok baloh...
Sapa pecoh dua tiga kabilah pulok lening....
Loh gi ahhh...mampuh mung aahh....
Baloh la puok mung...!!
Puok mung...Pala otok memang bengong belake...!!!
Jenis ayang brand belaka....!!!
Kah...Kah...Kah....!!!!

Rakyat Bukan Hipokrit Macam UMNO....!!!


JANGAN BERGANTUNG PADA PORTAL , BACA UMNO-ONLINE – MK

Tengku Adnan turut menyarankan agar anggota Kelab Umno Luar Negara tidak terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan menerusi media baru seperti pelbagai portal berita.

Beliau menyarankan pelajar Malaysia di luar negara supaya sentiasa mengikuti perkembangan politik dan isu-isu semasa melalui portal Umno di umno-online, dan tidak hanya bergantung maklumat kepada sesuatu portal berita sahaja.

"Masalah kita semua ini ialah lebih suka kepada hiburan picisan. Bila orang maki orang, kita suka kerana ia hiburan picisan. Kita mesti keluar daripada kepompong ini. Kalau kita tidak buat perubahan-perubahan ketara pada diri kita, percayalah kita tidak akan berjaya," katanya.

Beliau dalam pada itu meminta supaya kesemua anggota kelab itu "menjadi mata, telinga dan mulut untuk kerajaan. Ini adalah kerana kerajaan kini sentiasa memikirkan hal rakyat dan masa depan negara."

Nota:

Blog atau portal anti UMNO dibuat atas dasar sukarela
untuk ajak rakyat bangun berjuang....

Blog dan laman web UMNO memang di upah...
Cuma adda satu cara untuk meramaikan pelawat web UMNO....
Caranya ialah kalau penulis blog UMNO boleh di beri upah
Kenapa tidak Pembaca web UMNO juga turut diupah...
Jamin hit bolg UMNO naik mendadak...
Kah....Kah....kah.....!!!

Oct 19, 2010

Macam Ayam Gila Reban....!!!

Sila baca dan tengok dengan teliti...khalid Ibrahim adalah MB Selangor...!!!

TEMBUSI KAWASAN PEMBANGKANG – BH

KUALA LUMPUR: Jentera UMNO perlu menembusi kawasan pembangkang dengan mengadakan pelbagai program supaya dapat mendekati hati rakyat sehingga kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ dirampas semula, kata Najib Razak.

Dia berkata, jentera UMNO perlu menyahut cabarannya dengan mengadakan program di kawasan pembangkang supaya rakyat dapat mendengar suara hati kerajaan dan bukannya hanya berjuang di kawasan yang selamat.

Buat program di kawasan yang mencabar... jangan takut dikritik, dihina dan dikutuk kerana apa yang kita lakukan adalah demi perjuangan untuk rakyat,” katanya di Ampang dekat sini, semalam.

Nota:

Ucapan mat mongol ini di buat di Ampang....
Ampang dalam negeri Selangor....
Selangor memenag semua orang tahu di bawah kerajaan pakatan rakyat

Perangai Mat monggol tak ubah macam perangai Bik Mama juga...
Sengaja buat buat tak sedar bahawa pemaisuri agung adalah "First Lady' of Malaysia....

Cuma nak pesan sekali lagi ye....
Sila tanya orang kalau tak tahu...Tolong jangan buat pandai sendiri....
Ampang adalah sebuah daerah terletak di negeri selangor.....
Manakala Selangor adalah sebuah negeri di bawah jajahan takluk kerajaan pakatan rakyat....faham...???
kah...Kah....Kah....

Mari Kite Makang Ikang Singgang....!!!

Ikang Singgang memang Sedak....!!!

19 RESOLUSI KONVENSYEN UMNO TERENGGANU – BH

Usaha memastikan UMNO kekal relevan untuk meneruskan agenda memperjuangkan nasib serta masa depan rakyat khususnya ke arah memartabatkan bangsa, agama dan negara adalah antara 19 resolusi dicapai pada Konvensyen UMNO Terengganu, berakhir kelmarin

Antara resolusi lain ialah:

kesinambungan pengisian kemerdekaan mesti diteruskan oleh generasi sekarang demi mempertahankan ketuanan Melayu;

Tonggak kekuatan Melayu di bumi warisan ini disokong oleh UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.

Justeru, UMNO perlu terus relevan dan dominan demi meneruskan kelangsungan kuasa dan tampuk pemerintahan di Terengganu;

Selaras dengan gagasan dan semangat 1Malaysia, kestabilan politik Terengganu menjadi wadah kepada agenda perjuangan Melayu ke arah mencipta masa depan anak bangsa yang lebih berdaya saing untuk membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat;

Dalam usaha memastikan hasrat memperkasakan kepemimpinan negeri Terengganu pada peringkat nasional tercapai, kepemimpinan pusat sewajarnya menambah bilangan Ahli Parlimen Terengganu dalam barisan Kabinet Malaysia;

Kerajaan negeri hendaklah meneruskan strategi merakyatkan pembangunan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan seperti E-book.

Nota :

Resolusi ini semuanye lebong belake...
Hanya satu yang boleh dipakai...resolusi tentang e-book
Projek beri e-book pada anak sekolah...
Projek yang besar lagi mahal...tujuh puluh juta ringgit...!!
Hok ning hok betul....
Projek tibang pitih rakyat...
Projek metangkedarah pitih rakyat....
Rakyat dapat e-book...sengih macam lembu buleh naik lori...
Rakyat dok sedor..bahawa dia kena lebong....
ini baru betul...Tiada halangan hanyalah peluang...
Kah...Kah...Kah....!!!

UMNO Selangor Lemas Dalam Operasi Menyelamat....!!!


ROAD SHOW SELAMATKAN SELANGOR

Nampaknya warga Selangor amat degil.

Pasal mereka mereka tidak mahu
turun mendengar ceramah untuk
menyelamat kan Selangor.

Penceramah cukup unggul dan hebat-hebat:

Datuk Satim Diman
Datuk Paduka Lokman Adam
Datuk Seri Senatak Mohd Ezam
Ketua Wira Perkasa
Datok Mat Bushro

Ceramah ini membuktikan UMNO perlu di selamatkan... Walaupon di sebut VVIP sebagai para Pahlawan umno yang hadir pada malam itu namun, kehadiran penonton membuktikan umNO masih sakit dan perlu di selamatkan.

Nota :


Sedih dan terkulai layu....!!! Kalau seramai ini...macam mana nak buat operasi menyelamat....??

Gula-Gula Dah Sampai....!!!


MUHYIDDIN LANCAR RUMAH RAKYAT 24 OKTOBER – BH

GUA MUSANG: Projek perumahan rakyat membabitkan 1,500 unit kediaman untuk penduduk berpendapatan rendah bernilai RM300 juta di bandar ini, akan dilancarkan Sri Muhyiddin Yassin, 24 Oktober ini.

Kediaman yang akan ditawarkan dengan harga antara RM33,000 hingga RM35,000 seunit itu akan dibina di kawasan tapak berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, di sini, bagi mengatasi masalah pemilik rumah
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah...DI MANEK URAI… DAPAT JAMBAN TAN....!!!

Kah...Kah...DI KUALA TERANGGANU...SEMUA PELAJAR DAPAT LAP TOP.....

Kah...Kah...DI BAGAN PINANG...HINDU DAPAT TANAH UNTUK SEKOLAH TAMIL.....

Kah...Kah...DI SIBU DAPAT BERTUS JUTA UNTUK BUAT TEMBOK SUNGAI......

Kah...Kah...YANG PALING AKHIR DI HULU SELANGOR... PENDUDUK SUNGAI BUAYA SETIDAK TIDAK NYA PUN DAPAT JUGA JANJI.....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...MELAYU MEMANG MUDAH NYANYOK....ASALKAN DAPAT JANJI PUN DAH KIRA OK...DARIPADA TAK DAPAT APA-APA....KAH...KAH...KAH....

Apo Nok Di Kato.....!!!