Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 4, 2011

Siapa Yang Menderhaka Raja...??


DUA NGO BUAT LAPORAN POLIS MENGENAI BLOG HINA SULTAN – MStar

SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru.

"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

"GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 6sini, Isnin.

Nota:

Ada dua benggali yang betul betul arif dalam hal perlembagaan
dan hak raja raja...
Satu namanya Karpal Singh....
Satu lagi ialah kavita singh....

Karpal Singh dalah pakar perlembagaan....
Kavita Singh adalah pakar hak raja raja...
Kah...Kah...Kah....!!!

Cakap Berdegar-Degar..Berak Dalam Belukar...!!

Apa hukum kalau tak bayar hutang..??

DAKWA PENDERHAKA SULTAN DI BAWAH SEKSYEN 121 KANUN KESEKSAAN – UM

Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Muhammed Khusrin Munawi.

Dia berkata, semua pihak yang mengugut dan menentang perkenan Sultan Sharafuddin dalam isu tersebut perlu didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati.

Selain itu katanya, pertuduhan alternatif juga boleh dibuat di bawah Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur hidup.

“Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah.

“Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.

Nota:

Pelik sungguh di buatnya....
Yang tukang heboh perkara ini adalah Zul Nordin....
Sultan sendiri dah kata yang tuanku tidak ada kuasa...
Kuasa semua sudah lupus...

Siapa yang lupuskan?

Pada tahun 1993..Madey yang hapuskan kuasa raja raja melayu...
Masa itu Zul Nordin dimana?
Masa itu Zul Nordin buat apa?
Masa tu Zul Nordin sokong siapa...??
Kah...Kah...Kah...!!

Kenyataan Media..!!


“KESAN SEMULA SEMUA RM340 BILLION KETIRISAN NEGARA BUAT BIAYAI SEKOLAH USANG”

Membalas kennyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laporan SINCHEW DIGEST pada hari ini (3 Jan) yang mendakwa seolah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan RM30 juta buat setiap 300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai ‘menghadapi risiko keruntuhan’, adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Ini kerana, jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang ini hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 billion walhal Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36 billion buat Perbelanjaan sepanjang 2011 ini.

Kenyataan TPM ini seolah mengiyakan sikap tidak ikhlas kerajaan lanun Umno-BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan RM6 billion buat Pembangunan berbanding RM29 billion buat menanggung kos Pengurusan Kementerian Pelajaran. Ini bermakna, kerajaan lanun Umno-BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang ini, walaupun sedia tahu ianya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru kita.

Saya yakin, jika ketirisan berjumlah RM340 billion, iaitu sebanyak Rm100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Tun Mahathir, dan ketirisan Rm240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Brian Wain dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku.

Maka, bagi menjaga keselamatan anak-anak dan para guru yang belajar dan bertugas di 300 buah sekolah usang ini, saya menggesa agar TPM sedia bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Audit, SPRM, PDRM dan badan berkaitan lain untuk segera mengesan semula semua wang ketirisan sebanyak RM340 billion ini, agar dapat menampung kos pembaikan RM9 billion ini.

Sekian. Terima kasih.

YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN

Lapor..Jangan Tak Lapor....!!


Nota:

Kepada orang jelebu yang sempat baca ini sila bersama ke pokan klawang...
Kalau tidak esok pagi di Soromban ye....!!
Kah...Kah...Kah...!!

Apo Ko Buet Ni Jang...!!


MANGSA ROGOL RAYU IDENTITI TIDAK DIDEDAH - MK

NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”

“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,” petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Nota:


Kolope den bukan panjang pun...
Nak heboh buek apo
Kah...Kah...Kah...!!

Jan 3, 2011

PAS Mesti Ganti UMNO....!!


Gesaan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa akan datang. PAS berpandangan ucapan Datuk Seri Najib sempena tahun baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan kehadapan walaupun beliau ini terkenal degan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih berfikiran sempit seolah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN sahaja.

PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, tugas pemimpin ialah berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat. Gaji yang sudah lumayan diberikan kepada kepada pemimpin negara adalah wajar dibalas balik dengan merangka strategi untuk kebaikan rakyat bukan sebaliknya.

PAS berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat. Kebahagiaan rakyat yang dapat diukur seperti banyak program-program kebajikan untuk rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah untuk warga emas, bantuan sekolah agama rakyat, Tamil dan Cina, bantuan kemasukan universiti, walaupun menghadapi kekangan kewangan di peringkat negeri. Kesemua ini tidak pernah difikir oleh pemimpin Umno sepanjang 53 tahun memerintah. Jika pemikiran yang ada pada pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini rakyat tidaklah susah sebegini rupa dengan tekanan hidup yang teruk, kuasa membeli semakin menurun, kualiti hidup sudah merosot.

Apakah salah rakyat membuat eksperimen untuk beralih pemerintah yang selama ini mengkhianati amanah rakyat? Akibat rakyat masih belum buat ekperimen untuk menumbangkan Barisan Nasional di peringkat pusat maka rakyat dibeban dengan cukai perkhidmatan 6% daripada 5%. Barang makanan naik 10%, Persatuan Peniaga Kedai Kopi Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menaikkan kopi dan teh susu sebanyak 20 sen mulai 1 Jan 2011. Apabila barang naik menteri cuba hendak tunjuk hero bela rakyat dan marah kepada peniaga, pada hal yang buat fasal ialah pemimpin BN yang bertindak menaikkan minyak petrol walaupun negara kita pengeluar minyak.

Eksperimen yang dibuat oleh rakyat sehingga menumbangkan kerajaan BN telah menyebabkan pelabur asing yakin dengan kemampun kerajaan Pakatan Rakyat, buktinya pada 21 Okt 2010 - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir mengakui "Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah Selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima”.

PAS hendak berpesan kepada Presiden Umno sudah cukuplah Umno BN mengkhianat amanah rakyat, dan janganlah ugut rakyat, mereka sudah mempunyai jiwa merdeka dan tahu beza mana kerajaan yang amanah dan kerajaan yang bernanah.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
..

Kenyataan Media Oleh MB Selangor.


Khalid: Khusrin dilarang hadir mesyuarat kerajaan negeri-MR

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

*Kenyataan media oleh Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Satu Lagi Projek Nak Menipu....!!


BEKALAN MINYAK MASAK DIJANGKA BERKURANGAN - UM

KOTA KINABALU 2 Jan. - Selepas Perlis, negeri ini turut mula mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak ekoran tindakan pembekal mengurangkan bekalan bahan berkenaan.

Di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar Kota Kinabalu mendapati tempat simpanan minyak berkenaan telah mula kosong.

Seorang peniaga runcit di Sabanah Store di sini yang enggan dikenali berkata, bekalan berkenaan telah mula berkurangan sejak seminggu lalu.

"Pada masa ini kita hanya mendapat bekalan sebanyak 10 kotak sehari berbanding sebelum ini mendapat sekurang-kurangnya 50 kotak sehari.

"Keadaan ini memberi masalah kerana ia tidak mencukupi bagi menampung keperluan seluruh pengguna di bandar raya ini," katanya. Dalam pada itu, seorang peniaga kedai makan, Mohd. Noh Mohd. Adnan, 53, berkata, meskipun tidak terputus bekalan, stok minyak masak yang diperolehnya kini adalah terhad.

Katanya, pada masa ini dia hanya mendapat bekalan bahan berkenaan dari sebuah kedai runcit.

"Bekalan ini memang sudah berkurangan dan saya masih mendapat bekalan ini memandangkan saya merupakan pelanggan tetap kedai berkenaan," katanya.

Seorang pengguna, Kamliah Numbong, 50, berkata, kekurangan bahan mentah berkenaan menyebabkan dia terpaksa membeli minyak masak botol.

"Beberapa kedai runcit dan pasar raya yang saya pergi di sekitar Kota Kinabalu menyatakan stok minyak masak tiada. Jadi saya terpaksa membeli minyak botol," katanya.

Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Jaafar Walad berkata, pihaknya akan memantau masalah bekalan minyak masak di negeri ini.

"Bagaimanapun pada masa ini kita tidak menerima aduan daripada mana-mana pihak mengenai masalah kekurangan minyak masak di negeri ini," ujarnya.

Nota:

Jeng..Jeng...Jeng...!!
Inilah yang pelik lagi melik....
Negara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia...
Tapi dalam negara...minyak masak kurennngg....
Nak patau kepala bana apa...?
Apa faedah nya di pantau...?
Ini semua nak nak menipu melayu...
Kah...Kah....Kah.....!!!

Senyum Petang Isnin....!!



Nota:

Kerajan akan keluar kenyataan
jangan percaya Wikileaks...

Mufti johor pulak akan istihar...
baca Wikileaks ini haram....

Kah...Kah...Kah....!!!

Usaha Terakhir UMNO Untuk Rampas Selangor...!!


MALAOAN KHUSRIN MULA PANAS BONTOT

Ini keputusan yang telah diambil oleh kerajaan Selangor:

- MB tidak akan hadir diupacara perlantikan khusrin

- Khusrin tidak akan dibawa masuk ke sebarang menyuarat majlis kerajaan negeri

- Khusrin tidak akan mengangkat sumpah di hadapam mb

- Kerajaan negeri selangor akan menulis surat kepada suruhanjaya perkhidmatan awam

- Kerajan negeri akan pinda perlembagan tubuh kerajaan selangor untuk jelas kuasa

- MB akan meminta tuan speaker memanggil mesyuarat tergempar
untuk meminda undang undang tubuh selangor