Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 4, 2011

Siapa Yang Menderhaka Raja...??


DUA NGO BUAT LAPORAN POLIS MENGENAI BLOG HINA SULTAN – MStar

SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru.

"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

"GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 6sini, Isnin.

Nota:

Ada dua benggali yang betul betul arif dalam hal perlembagaan
dan hak raja raja...
Satu namanya Karpal Singh....
Satu lagi ialah kavita singh....

Karpal Singh dalah pakar perlembagaan....
Kavita Singh adalah pakar hak raja raja...
Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment