Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 6, 2011

Berita Yang Di Tunggu-Tunggu....!!


Scorpene : Mahkamah Perancis Temui Bukti Kukuh - HD

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis.

Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu.

"Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu.

Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Cynthia Gibrael , jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi.

Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.

"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya.

Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis.

Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda.

Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia.

Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu.

Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang.

Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini.

Perubahan Dalam PAS...Kenapa UMNO yang Kecoh...??


Saya menunggu-nunggu apakah ulasan yang akan dikeluarkan oleh kepimpinan UMNO mengenai perlantikan Saf kepimpinan PAS untuk sesi 2011-2013. Hari ini hajat saya tercapai bila 2 orang penting dalam UMNO iaitu Naib Presiden dan Ketua Pemuda memberikan ulasan yang saya sifatkan sebagai kehabisan modal, lucu dan tidak berasas sama sekali.

Malah saya melihat kenyataan mereka berdua menggambarkan kebimbangan UMNO yang amat sangat dengan perubahan pucuk pimpinan PAS yang dilihat mampu menggugat kuasa mereka, malah sampai ketahap PAS dan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan UMNO dan BN.

Jelas pimpinan UMNO tidak nyenyak tidur memikirkan nasib malang yang akan menimpa bila mereka akan kehilangan kuasa dalam PRU ke 13 nanti.

Kebimbangan dan ketakutan dengan kepimpinan PAS yang baru oleh pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat disembunyikan lagi sebagaimana kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dipetik berkata berkata kepimpinan baru Pas yang dipilih semalam dilihat sekadar meraih sokongan sementara bagi mencapai matlamat mereka untuk memerintah bersama Pakatan Rakyat di negara ini.

Aneh sungguh ulasan seorang pimpinan yang tidak ada masa depan ini dengan berkata bahawa jika dahulu parti itu berjuang atas prinsip Islam, tetapi perjuangan PAS dilihat semakin kabur dengan memilih kepimpinan baru .

Lebih memalukan beliau mempersoalkan tentang hala tuju PAS dalam memperjuangkan Islam. Sedangkan hala tuju UMNO yang sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia entah kemana jatuhnya?

Dalam perkembangan yang berkaitan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempelihatkan kebimbangannya tersendiri dengan mendakwa PAS sanggup menggadaikan perjuangan asalnya untuk menubuhkan negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa.

Khairy juga mendakwa UMNO sebagai parti dengan perjuangan asalnya iaitu demi agama, bangsa dan negara, tidak akan berbuat seperti apa yang dilakukan oleh Pas.

Satu kenyatan yang saya anggap "memperbodohkan" dirinya sendiri setelah UMNO berada diambang maut dan akan ditolak oleh rakyat namun masih bersuara dan mendakwa dialah pembela dan jaguh segalanya . Sedangkan UMNOlah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

Khairy juga tidak mampu melindungi rasa takut dan kebimbanganya mengenai PAS bila menuduh tanpa asas dengan katanya kami sanggup mengetepikan prinsip semata-mata hendak menjadi rakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat demi mencapai cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.

Tidaklah saya mahu memanjangkan cerita mengenai dua orang penting dalam UMNO yang bersuara dalam keadaan kelihatan mereka sangat takut kuasa yang dimiliki akan hilang dengan perlantikan kepimpinan PAS yang baru sempena Muktamar PAS kali ke 57 pada tahun ini.

Jelas sekali yang merasakan tidak selesa dengan perubahan pucuk pimpinan PAS ialah pemimpin UMNO. Malah saya tidak tahu apa lagi esok dan lusa serta hari-hari mendatang bentuk ulasan yang menggambarkan mereka rasa bimbang dan takut dengan arus perubahan dalam PAS.

Selamat tinggal UMNO dan BN dan bersiaplah kamu untuk jadi pembangkang...

Kena Lebong Sokmo...!!


JANGAN NAIK HARGA SEWENANG-WENANGNYA -UM

Kerajaan mengingatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barang sewenang-wenangnya ekoran pemansuhan diesel super subsidi pengusaha lori komersial dan kenaikan tarif elektrik sejak 1 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut agar ia tidak membebankan para pengguna.

"Saya dapat maklumat tentang pihak pengusaha lori komersial yang akan menaikkan kos perkhidmatan mereka sebanyak 18 peratus setelah super subsidi bahan api dihapuskan.
"Kita bimbang perkara ini akan memberi impak kepada harga barang, namun kita akan memantau agar tidak ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang sehingga ke tahap tidak munasabah," katanya.
-----------------------------------------------------------
woit… MALAON INI CAKAP APA?....

kah kah kah…MALAON NI TAK TAHU HAL EKONOMI KE?.....

kah kah kah…BILA MINYAK DISEL NELAYAN DINAIKAN HARGA……

kah kah kah...HARGA IKAN AKAN NAIK...BANGANG!...

kah kah kah...BILA MINYAK DISEL PENGANGKUTAN DI NAIKAN KAN....

kah kah kah.... SEMUA HARGA AKAN NAIK....

kah kah kah… PANTAU… PANTAU….PANTAU ..

kah kah kah....NAK PANTAU BUAT APA….

kah kah kah...RAKYAT BUKANNYA NAK PEMANTAU

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH....RAKYAT NAK HARGA BARANG MURAH ATAUPUN GAJI MAHAL…..

Turun Ke Jalanraya Sebelum Pilihanraya...!!


PAS LULUS USUL HIMPUN 300,000 UNTUK BERSIH 2 – HD

PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.

"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.

"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.

Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.

Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN).

"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus.

"Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya.


NOTA:

ini lah yang kita semua tunggu
pemimpin yang membawa perubahan
ini lah yang di nanti oleh anak semua bangsa
pemimpin yang bergerak menuju perubahan

inilah pemimpin rakyat

ini bukan retorik
ini bukan lebong

ini turun ke jalan raya
sebelum ke pilihanraya

Jun 5, 2011

KENYATAAN AKHBAR

3 JUN 2011
KERAJAAN NEGERI AKAN RAMPAS TANAH DI PJS1


Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah tersebut.

Setiausaha kerajaan Negeri telah keluarkan arahan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk keluarkan Notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu: Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd.

Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.

Kerajaan Negeri juga diberitahu bahawa Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan tanah tersebut.

Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah.

Kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju seperti ini.

“Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dikeluarkan oleh :

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Kenyataan Rasmi....!!

PDRM DAN PEGUAM NEGARA PERLU JELASKAN KEGAGALAN MEMBERI JAWAPAN DAN KES ALLAHYARHAM SARBINI

Kami merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah pada 2 Jun di mana polis akan memohon sebuah inkues dibentuk bagi kes kematian pegawai kanan Kastam Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Turut dilaporkan Peguam Negara telah bersetuju agar sebuah inkues dibentuk.

Kami melihat keputusan mengejut oleh PDRM dan Peguam Negara ini sebagai sesuatu yang meragukan, tidak sesuai dan tidak tepat dalam konteks undang-undang.

Sebuah inkues tidak boleh ditubuhkan sewenangnya apabila pendakwaan kes jenayah lebih sesuai dijalankan. Sarbani adalah seorang individu berkeluarga yang sempurna akal dan sihat tubuh badan yang secara sukarela datang ke Pejabat SPRM untuk membantu siasatan; tiada bukti konkrit beliau membunuh diri, dan telah terbukti bahawa beliau tidak mengumpul kekayaan di luar keupayaan dan kemampuan beliau. Motif bunuh diri adalah sangat tidak munasabah dan tidak wujud sekelumit pun.

Beberapa fakta yang wujud secara jelas dan tegas membuktikan kewujudan salahlaku yang membawa kepada kematian Sarbaini, khususnya apa yang diperincikan oleh balu Allahyarham di dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2011, di mana pegawai penyiasat SPRM telah mengakui bahawa 'orang mereka' bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Sekiranya terdapat keraguan yang serius mengenai punca kematian, pihak PDRM dan Peguam Negara seharusnya mengarahkan pembentukan inkues pada kadar segera sejurus selepas kematian berlaku.

Adalah sangat mengejutkan dan menimbulkan persoalan yang sangat besar mengapa inkues hendak ditubuhkan hanya selepas dua bulan berlalu.

Lebih memelikkan, sejak kematian berlaku, pihak polis telah memberikan gambaran seolah-olah proses siasatan berjalan lancar dan keluarga Allahyarham serta sekalian rakyat akan mendapat penjelasan lanjut berhubung punca kematian Allahyarham.

Apakah gambaran ini diberikan hanya semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat yang bangkit berikutan kematian tragis ini?

Pada pertengahan April, pihak polis telahpun menyatakan proses siasatan telah masuk ke fasa akhir. Kini, terbukti segala bentuk siasatan yang dibuat adalah 'pemanis mulut' semata-mata dan sebuah inkues terpaksa diwujudkan.

Mengapa rakyat diselewengkan daripada fakta sebenar dalam hal ini?

Lebih menjengkelkan, pengumuman mengejut mengenai penubuhan inkues ini berlaku sehari selepas KEADILAN menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara yang mempersoalkan kelompongan PDRM dalam mengendalikan kes ini.

Ini mengundang kepada kesimpulan mudah bahawa tujuan inkues itu ditubuhkan ialah untuk melengah-lengahkan kes ini dan membuatkan rakyat terus senyap.

Kami mendesak agar sebarang bentuk hasil dan kesimpulan siasatan polis di dalam kes kematian Allahyarham Sarbani didedahkan kepada umum.

Rakyat dan keluarga Allahyarham mempunyai hak untuk tahu kenapa masih tiada sebarang jawapan mengenai punca kematian Allahyarham. Pihak PDRM dan Peguam Negara perlu menjelaskan sebab musabab mereka menyarankan penubuhan inkues dan mengapa siasatan mereka gagal memperuntukkan sebarang jawapan kepada kes ini.

Kami juga melihat wujud keperluan mendesak agar satu siasatan dan pendakwaan dibuat kepada semua yang terlibat atau bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham.

N SURENDRAN
NURUL IZZAH ANWAR

Tak Payah Nak Jaga Tepi Kain Orang....!!


DAP, PKR BERJAYA PENGARUHI PAS TUKAR PRINSIP : MUKRIZ – BH

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempengaruhi PAS sehingga prinsip untuk menubuhkan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sejak sekian lama kini ditukar kepada konsep negara berkebajikan, kata Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, PAS juga dilihat tidak tetap pendirian apabila mengubah prinsip daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan kerana mahu merealisasikan hasrat DAP dan PKR untuk memperjuangkan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

"Tahniah kepada DAP dan PKR kerana berjaya mempengaruhi PAS sehinggakan hanya orang-orang mereka saja (bukan ulama) yang dipilih menjadi Naib Presiden malah Timbalan Presiden dalam PAS.

"Cukup hebat sekali pengaruh DAP dan PKR dalam PAS. Ini tidak menunjukkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang bebas daripada pengaruh yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Nota:

kalau paddy kuttty tak boleh dipercaya
anak paddy kutty lagi tak boleh dipercaya!

Berita Yang Menyayat Hati...!!


10,000 AHLI PAS KELANTAN MASUK UMNO SEJAK 2008 - tiewnama

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Awang Adek Hussin mendakwa kira-kira 10,000 anggota Pas, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai UMNO selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, mereka berbuat demikian setelah kecewa dengan kegagalan Pas membangunkan Kelantan.

"Ada menyertai UMNO (cawangan) secara terbuka dan senyap melalui tokoh-tokoh tertentu untuk mengelak daripada disabotaj anggota Pas di peringkat kampung,” katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Kuau di sini, hari ini. – Tiewnama
-----------------------------------------------
woit…INI BERITA PALING SEDIH….

kah kah kah…PALING SAYU….

kah kah kah…BERCUCURAN AIR MATA BILA MEMBACA BERITA INI….

woit… SEKARANG DI KELANTAN TINGGAL 3 ORANG SAHAJA ALI PAS…

kah kah kah…. AIMAN TAK KISAH...CUMA YANG TINGGAL HANYALAH NIK AZIZ… NIK ABDUH … DAN NIK AMIN...

Mari Kita Turun Ke Jalanraya....!!


PAS KERAH ANGGOTA KE BERSIH 2 - MK

PAS hari ini mengerahkan anggota dan pemimpinnya untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2 bagi pada 9 Julai bagi menyampaikan tuntutan mereka ke untuk pilihan raya bersih dan adil.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara di muktamar parti itu hari ini, selepas dibentangkan sendiri oleh timbalan presiden barunya, Mohamad Sabu.

Mohamad yang aktif dalam penganjuran perhimpunan BERSIH yang pertama pada November 2007, turut menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Usul yang diluluskan itu turut menggariskan tumpuan untuk menggerakkan semua organ parti serta semua barisan kepemimpinan PAS dan rakan komponen Pakatan Rakyat untuk meluluskan.

Tahniah kepata Mat Sabu....!!


NIK AZIZ : MAT SABU MENANG KERANA UNDI SAH BUKAN SEBAB UNDI MYKAD - MI

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperakui kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden baru sambil menyifatkan pemimpin vokal itu menang dengan “undian sah” perwakilan yang yakin kerana kepimpinannya.

Mohamad atau dikenali sebagai “Mat Sabu” menang kerusi nombor dua itu dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan majoriti barisan kepimpinan parti itu kali ini dikuasai kumpulan profesional.

Dilihat merujuk kepada dakwaan pendaftaran pengundi kalangan rakyat asing menjelang pilihan raya umum, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Mohamad mencapai kejayaannya menerusi undian sah daripada perwakilan PAS.
“Dia (Mat Sabu) bukan menang sebab undi MyKad, bukan undi dari Bangladesh tetapi undi daripada PAS sendiri.

“Perwakilan PAS yakin dengan kepimpinan Mat Sabu. Oleh sebab itu mereka mengundinya,” kata beliau pada ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS di sni malam tadi.

Nota:

inilah cara BN menipu...
Inilah senjata ampuh untuk BN menang dalam pilihanraya nanti!